Wednesday, December 31, 2008

Usik Kenangan

Selamat Hari Lahir buat baby Zawawie Sulaiman. Nampaknya dah satu tahun bergelar ayah. Tahniah la!! Kali ni aku ada buka album lama dan menatap beberapa keping gambar kawan-kawan lama termasuk kawan-kawan SMRP. Tapi tak banyakla sebab masa tu tak ada kamera sendiri. Kos nak proses filem pun agak mahal. So, paham2 je la... ok la layan..... mungkin korang kenal



Aku n Yusof (Lubok Stol)


Aku n Azri (sekarang masih berniaga)



Zulkifli Ghani


dan.... ini dia jeng..jeng...jeng....Muhairi, aku n member2 lama dari Politeknik
hahaha! Flatnya perut Muhairi. Agak-agaknya sekarang boleh lagi ke bergambar buka baju?

smrp, azman

Monday, December 29, 2008

SABTU & AHAD LEPAS XTVT AKU

Man & Wawie
Biasalah.. hiburan aku tak lain tak bukan Kapal Terbang lah.. ini Sabtu dan Ahad lepas sabtu sewaktulayan float plane di Empangan Batu dgn rakan-rakan. Ahad pulak fly glider di Kampung Batu Muda Tambahan. pagi petang siang malam FLY...






Thursday, December 25, 2008

FILEM KELAKAR GILER

Aku masih kat utara. semalam keluar pusing2 seberang perai, p.pinang. Hajat nak cari kamera baru. Kamera aku yang ada dah rosak. Rasa tak senang duduk sebab takda kamera. Aku pun pusinglah beberapa shopping Mall. Tapi akhirnya aku tak jadi lagi beli sebab kamera sony semuanya harga sama ngan tempat lain seluruh Malaysia. Jadi, aku hajat nak tengok kat Low Yat dulu. Kot2 ada yang harganya murah skit. Munkin Muhairi lebih tahu tempat yang harga kamera sony lebih murah? Pusing punya pusing aku, abg aku nizam n adik bongsu terasa nak tengok wayang. So, kita orang pun pergila chek film yang ditayangkan. Abg aku n adik nak tengok cicakman 2 tapi aku teringin tengok filem BRAINSCAN, filem komedi melayu. Aku tertarik sebab Nik Sayyidah n Zul Yahya yang blakon filem tu. Wlp diaorg taknak tengok, aku tetap mempertahankan nak tengok citer tu. Lastly aku menang dgn syarat aku kena belanja. Memang tak kecewa la sebab cerita tu dari awal sampai akhir kelakar giler. Satu panggung riuh ngan gelak ketawa. Abg aku yang pada mula taknak tengok, dia yang lebih2 gelak mengalahkan aku. Mmg tabik la dgn lakonan Nik Sayyidah (Mek dlm salam pantai timur) dan Zul Yahya. Tambahan pula loghat kelantan yang menimbulkan kelucuan. Klu sebelum ni asal filem komedi je misti loghat utara, kali ni loghat kelantan pula digunakan. Jadi, Muhairi n kenkawan yang lain, sesuaila bawa anak-anak tonton filem ni. Misti tak menyesal.... saja je promote, bukan dapat komisen pon. hehehe.

aku kat depan bangunan Majlis Perbandaran Seberang Perai, tempat kerja nizam



Monday, December 15, 2008

HARI RAYA KORBAN 2008







Foto-foto berikut semasa di tempat penyembelihan lembu korban di Kampung Gual Tinggi, Rantau Panjang. Yang paling menariknya waktu korban tersebut saya telah berjumpa dgn rakan lama waktu sekolah rendah dulu-dulu namanya Syed Karimi. Foto-foto ini pun sumbangan dari beliau.. terima kasih atas foto-foto anda ni Syed Karimi... beliau menjalankan bisness photography.. kalau ada kawan-kawan yg berminat nak mendapatkan perkhidmatan beliau untuk kenduri kahwin dan sebagainya.. anda bolehlah lawati website beliau di

Sunday, December 14, 2008

LAYAN FLOAT PLANE DI KAMPUNG




Sewaktu balik kampung sempena cuti Hari Raya Aidiladha.. minggu lepas sempat gak lah fly float plane dekat Empangan Bukit Kwong atau lebih dikenali 'Padang Bukit' oleh orang-orang kampung. Tunggu gak kot-kot banjir.. tapi tak jadi naik...seminggu sebelum balik kampung ada lah banjir.. tapi awas banjir baru sekali jer tu biasanya di Rantau Panjang 2-3 kali.. banjir melanda..kalau tidak tak sah..