Wednesday, December 30, 2009

MESTI KENAL PUNYA


Terjumpa di sini
dia orang buat RE-UNION pada Hari Raya Puasa lepas.... Tahniah buat dia orang yang berjaya menganjur majlis tersebut....
erie....

Tuesday, December 29, 2009

Santai Cameron Highlands...

Sungguh indah pemandangan ladang tea di Cameron Highlands...Itulah kali pertama aku ke sana. itupun pergi atas dasar keje..sempat gak la aku merayau ke ladang tea, strawbery dan beli belah skit untuk buah tangan...Time tu cuaca kat sana leh tahan sejuk gak ar..

Friday, December 25, 2009

PLANE 2010


Lama dah slow dengan hobi rc nih.. tiba2 mari rajin sikit, so sibuk dok ngadap kapal nih.. cadang2 nak siapkan awal tahun 2010 nih.. kalau sempatlah... tujuan utama buat plane nih semata mata untuk bawak camera.. so bila balik kampuang nanti kawe nak ambik gambar sekitar Rantau Panjang...terutamanya SMRP.... seronok juga bila dpt tengok pemandangan di bawah dari udara...

erie...

Sunday, December 6, 2009

Tembok lemah punca kereta terjunam



Struktur tembok bangunan penghadang kenderaan di tempat letak kereta tingkat tiga bangunan pasaraya KB Mall yang tidak kukuh dipercayai punca kepada kereta yang dipandu seorang wanita terjunam ke dalam bangunan itu semalam.

Ketua Polis Kelantan SAC1 Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata sekiranya tembok setinggi 1.8 meter itu dibina dengan bata dengan terdapat tetulang besi di dalam, mustahil boleh runtuh sebagaimana berlaku semalam.

"Dinding itu dibina dengan bata setinggi 1.8 meter dan tidak terdapat besi di dalam bagi menguatkan dinding itu daripada mudah runtuh," katanya kepada pemberita pada majlis berkhatan beramai-ramai anak warga PDRM Kontinjen Kelantan di Kota Bharu hari ini.

Pada kejadian pukul 5 petang semalam, dua pelajar perempuan Kolej Kejururawatan Masterskill cawangan Kota Bharu, Siti Nor Amira Samsuddin, 19, dan Siti Nor Diana Azman, 18, terbunuh dihempap kereta terbabit ketika berada di atas tangga bergerak pasar raya itu.


Dua mangsa yang cedera parah ialah Rashidah Ahmad Lutfi, 24, juga pelajar kolej yang sama dan pemandu kereta terbabit, Nor Ain Said, 19, kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu.

Beliau berkata kejadian dikatakan berlaku apabila pemandu kereta terbabit tidak dapat mengawal kenderaan yang ditolak oleh seorang lelaki bagi menghidupkan enjin.

Abdul Rahim berkata siasatan awal mendapati tembok penghadang ke bangunan itu dibina dengan bata sahaja, tidak menggunakan konkrit tetulang sebagaimana lazim dilakukan ke atas bangunan-bangunan konkrit.

Katanya, siasatan dibuat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara dan denda kerana dikatakan gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kematian.

Beliau juga meminta seorang lelaki yang dipercayai rakan kepada pemandu kereta itu yang menghilangkan diri tampil membantu polis menyiasat kes terbabit di mana-mana balai polis berdekatan.

"Kita percaya lelaki itu boleh membantu siasatan kerana dia berada bersama-sama bersama pemandu wanita dan adik wanita itu yang selamat," katanya. BERNAMA

dipetik dari

http://www.malaysiakini.com/news/119166

Thursday, November 26, 2009

HARI RAYA AIDIL ADHA 2009














Pagi ini sempat ke 2 tempat lembu korban.. satu di Jalan Bunga Raya dan satu lagi di Parit Air dkt dgn Kg Bagus.. Belakang rumah wawie gak...terjumpa kawan lama 2 orang pagi ini sorang Fatah tinggal di Kuala Lumpur yang mana dia mengajar di SM Wangsa Maju . Sorang lagi Jo... lupa nama penuh dia.. sorry.. dia berkahwin dengan Nor pasangan kembar yang juga belajar di SMRP dulu..kembarnya satu lagi nama nya Jah..kalau tak silap.....Oppp lupa ada gak bagitau pada Fatah dan Jo pasal blog ni...semoga singgah-singgah kat blog ni nanti...ye

erie...

Wednesday, November 25, 2009

JUMPA DI FACEBOOK-NORAZANA

SELEPAS BANJIR



REZEKI SEWAKTU BANJIR



Duit Oh Duit... waktu ini bagi mereka yg mempunyai 4wD atau lori bekerja keras...


Sunday, November 22, 2009

Hujan oh hujan.....

Hujan oh hujan....kou turun x henti-henti.....
banyak kain baju yg kujemur x kering-kering..
semuanya hapak....anak-anak pula x boleh bermain di halaman...
Nak buat macam mana dah musim kou tiba.....kami terima dengan redha..
Musim hujan sebegini memang best mkn ubi dengan kopi'o..
itulah menu kegemaran aku apabila musim banjir tiba....
Teringat la pula zaman kanak-kanak dulu....main banjir kat halaman umah di kampung..
Bila duk di kuantan, kat sini xde banjir....
Aku sempat gak tengok berita pasal banjir di kampung, Rantau Panjang Kelantan...
ermm bleh tahan gak besornyeee....
Tapi itu sudah menjadi lumrah bagi kami penduduk Rantau Panjang....

LINTAS LANSUNG DARI RANTAU PANJANG-BANJIR 22/11/09

Rantau Panjang hari ini dilanda lagi banjir untuk kali ke 2 dalam bulan November ni.. untuk tahun 2009.. mungkin bukan ini yang terakhir untuk tahun ini.... yang mana.. hujan masih berterusan.... lagipun masih dalam musim dia...

Bertolak dari KL kul 1 petang smlm sampai d Rantau Panjang kul 8 mlm... risau juga takut sangkut dkt Kajang/Kg Rahmat lalu di situ lebih kurang 7 lebih...air sudah pun melintasi jalan.... sampai di K.Rambutan... lagi dalam... gak... tapi leh redah lagi dgn kereta....sampai di Pekan.. R.Panjang... makan malam dulu di. Rest Noor.. depan pejabat pos.... lepas tuu ambik keputusan bermalam di Gual Tinggi... terus, senang... kalau bermalam d rumah ayah aku.. mesti... susah kalau air naik...

Pagi ini lepas sarapan... tengok pekan R.Panjang... air dah penuh....

ini ada foto-foto untuk share dgn kawan-kawan.... macam pesta... depan pantai timur...
yg mana ada lori / 4WD mmg buat duit... angkut orang balik seberang/tempatan balik kampung.. RM 5 satu kepala.. dr Traffic light banggol kulim ke Jambatan Sungai Golok.... berebut dia orang cari customer..

Yang berniaga pun ada gak... biasalah.. rezeki musim banjir... lokcing, goreng pisang, ubi dan macam-macam lagi.....

erie....