Monday, August 31, 2009

AERIAL IMAGES






Di ambil dari kawan punya blog http://www.as-ap.blogspot.com/

Friday, August 28, 2009

Wednesday, August 26, 2009

SENATOR, PROFESOR OKU MENINGGAL DUNIA-ORANG PASIR MAS

Ogos 27, 09 11:45am

Pakar ekonomi Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh meninggal dunia semasa dalam penerbangan dari China ke Singapura awal hari ini.Menurut pegawai Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura, Prof Dr Ismail disahkan meninggal dunia di Hospital Besar Singapura sebaik tiba di hospital itu pada kira-kira pukul 8 pagi.
Hospital itu kini dalam proses bedah siasat untuk mengetahui punca kematian, katanya ketika dihubungi Bernama.Allahyarham Dr Ismail, 61, mencipta sejarah sebagai senator pertama yang dilantik daripada kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) dan cacat penglihatan di Malaysia.Beliau juga ialah bekas timbalan ketua pengarah Institut Kajian Strategik Antarabangsa (ISIS). Bapa kepada enam orang anak itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech.Beliau dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada 2 Sept, 1947 dan pernah mendapat pelbagai anugerah atas kecemerlangannya di bidang pengajian, antaranya, anugerah Guiness Book of Records sebagai orang cacat penglihatan pertama di dunia mendapat ijazah Doktor Falsafah.
Ucap takziah
Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) mengucap takziah kepada keluarga allahyarham Dr Ismail.Dalam satu kenyataan hari ini, Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, pihaknya melihat Dr Ismail sebagai seorang ikon yang berjaya walaupun dalam keadaan kurang upaya."Namun peranan serta semangat beliau melebihi daripada orang kebiasaan."DPP menghargai peranan beliau terutama dalam memperjuangkan nasib serta hak golongan orang kurang upaya di Malaysia dan berharap agar kerajaan melaksanakan segala usaha dan peranannya sebagai satu tanda penghargaan kepada beliau," tegas Nasrudin.

Dipetik dari http://www.malaysiakini.com/news/111512

Al Fatihah ....

Thursday, August 20, 2009

9W2ZRP-PAK SU TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH 20/08/2009-RAKAN HAM

Lebih Kurang jam 6.30 pagi tadi mendapat panggilan telefon daripada 9W2ZZD-Pak Azri memaklumkan Pak Su telah kembali ke Rahmatullah pagi ini pada jam 5.45 pagi di Hospital Zainab 2 , Kota Bharu akibat sakit jantung. Mula-mula mengenali 9W2ZRP-Pak Su pada hari Raya Puasa tahun lepas di rumah 9w2DRN-Pak Ari, Sekali minum-minum depan Mydin Rantau Panjang dan yang terakhir ialah di rumah 9w2RLA-Pak Kimi sewaktu gotong royong menaikkan antenna baru Pak Kimi dia rumahnya di Kampung Tok Deh.

Al Fatihah buat arwah dan Salam Takziah buat keluarga Pak Su moga-moga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...

Amin....

9w2ZRP-Pak Su dalam kenangan (Berbaju Putih)

Wednesday, August 12, 2009

ASRI RABBANI MATI MENGEJUT


Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.
Penyanyi utama kumpulan itu pengsan kira-kira 10.30 pagi setelah 20 minit menyertai program Syahadah musim kelima di Angkasapuri dan seterusnya dikejarkan ke hospital berkenaan.Menurut Asri Ubaidullah, seorang anggota Rabbani yang ditemui di hospital swasta itu, allahyarham mengalami muntah-muntah dan mengadu sakit sejak Subuh tadi. Allahyarham kemudian mengambil susu, madu dan limau untuk mengurangkan kesakitan tersebut, tambah anggota Rabbani itu. Sewaktu tiba di stesen RTM untuk program tersebut, Asri sudah dalam keadaan lemah tetapi berkeras ingin menjayakan rakaman program tersebut yang akan disiarkan pada bulan Ramadhan tidak lama lagi.Difahamkan, jenazah beliau akan dibawa Bukit Lancong dekat Shah Alam selepas ini. Ibu allahyarham, yang berkerusi roda, kelihatan masuk ke Hospital Pantai, jam 1 tengah hari tadi.Sebelumnya, turut menziarahi jenazahnya di situ, pegawai-pegawai Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.




Al-Fatihah

MALANG TIDAK BERBAU




Kejadian sewaktu aku dan isteri nak ketempat kerja pagi tadi.Pemandu Toyota Unser ibu dengan anaknya selamat. Alhamdulilah

Monday, August 10, 2009

MAKAN PUN DAPAT DUIT...!!

Wahai Kengkawan......,

BAGAIMANA DUIT MAKAN SETIAP HARI BOLEH MENJADI PENDAPATAN LUMAYAN RM300,000 SETIAP BULAN...

TAHUKAH ANDA? Sekiranya Anda Belanja RM18.00 Sehari Untuk Makan, Sebulan Sudah RM540.00, Setahun Sudah RM6,480, Dan Tanpa Disedari Anda Telah Pun Membelanjakan RM32,400 Selama 5 Tahun Hanya Untuk Makan.

Fikirkan Ini :

KALAU DULU ANDA MAKAN DUIT KELUAR

SEKARANG ANDA MAKAN DUIT MASUK.

Bermakna Jika Anda Tidak Menyertai Bisnes Ini Sekalipun, Wang Anda Tetap Juga Akan Keluar Setiap Hari Untuk Membeli Makanan. Jika Anda Join Bisnes Ini MAKAN PUN DAPAT - DUIT PUN DAPAT.

BISNES MAKAN & MINUM DI STEVEN TEA GARDEN (STG) TIADA RISIKO, TIDAK MERUGIKAN, MODAL RENDAH SEKALI SEUMUR HIDUP. BERMODALKAN RM400.00 ANDA DAPAT KAD KEAHLIAN PREPAID MAKANAN BERSERTA FOOD POINT BERNILAI RM400.00 JUGA.

Keterangan Lanjut........Hubungi 019-207 9664

post by smrp95: navi