Tuesday, September 15, 2009
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI SEMUA
Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin jika aku ada tersalah kata atau tersilap bicara..kepada semua rakan-rakan smrp95. Kepada rakan-rakan yang akan memandu balik ke kampung selamat memandu dan pesanan kepada rakan rakan "BERHATI-HATI" ketika memandu.. aku jumaat malam sabtu bertolak dari Kuala Lumpur....
erie..
Monday, September 7, 2009
Bekas MB Kelantan dikebumi selepas Zohor
08/09/2009 12:36pm
KOTA BAHARU 8 Sept. - Bekas Menteri Besar Kelantan, Tan Sri Mohamed Yaacob yang meninggal dunia di Pusat Perubatan Pantai (PMC), Kuala Lumpur pukul 5.50 pagi ini akan dikebumikan selepas Zohor hari ini.
Allahyarham meninggal dunia akibat masalah pernafasan sejak dimasukkan ke pusat perubatan itu Jumaat lepas.
Anak ketiganya, Dr. Idora Mohamed ketika dihubungi Bernama berkata, ayahnya menghembuskan nafas terakhir di sisi ibunya Puan Sri Nik Azizah Nik Ahmad dan lima orang anaknya.
Jenazah Allahyarham kini ditempatkan di rumahnya di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Zohor.
Tinjauan Bernama ke rumah Allahyarham di Taman Uda Murni, di sini juga mendapati rumah itu kosong dan tiada sesiapapun berada di rumah berkenaan.
Allahyarham menceburi bidang politik sejak tahun 1950 dengan menyertai Umno dan bertanding buat kali pertama dalam pilihan raya umum pada tahun 1969 dengan memenangi kerusi Parlimen Tanah Merah.
Beliau pernah memegang jawatan menteri Kabinet sebelum dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan pada 1978 dan kekal dalam jawatan itu sehingga PAS menewaskan Umno untuk membentuk kerajaan negeri baru pada 1990.
Allahyarham yang dilahirkan di Palekbang, Tumpat itu juga pernah dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara pada 1996.
Sebelum itu, Allahyarham pernah berkhidmat dalam pelbagai jawatan kerajaan termasuk sebagai setiausaha sulit kepada Almarhum Sultan Kelantan, majistret, timbalan pendakwa raya dan Penasihat Undang-undang di Terengganu dan Johor.
— BERNAMA
Dipetik dari http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0908&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_14.htm
Aku panggil dia 'Ayah Mat' dia sepupu kepada arwah ma aku... tak sempat nak pergi melawat. Abang dan adik aku jer yang pergi

BATU CAVES-AERIAL FOTO
Subscribe to:
Posts (Atom)