Saturday, January 30, 2010
PROMOSI TERBARU CELCOM
Balik dr Jalan Pasar semalam.. lalu depan opiss jadi nampak poster promosi terbaru Celcom. berhenti kejap tangkap2 dgn hp sekeping dua.. Gelap habis dinding opiss aku skrg nih... hehe tapi sementara jer sampai 31 Mac 2010 kalau x silap.. nanti dia buka balik... dari dalam dah tak nampak apa pun kat luar...hehe
erie....
Sunday, January 24, 2010
ADIK KEPADA JAMIL BIN HAMZAH
Mesti kawan masih ingat lagi 'Jamil Bin Hamzah' ini adik dia 'Azhar Bin Hamzah' kawe terjumpa dalam FB dia kini tinggal di Kansas USA... so Azhar bolehlah share apa2 dkt blog nih dengan kawan2 di Malaysia... Dia dah ada anak sorang, bini pun sorang dah.. TAHNIAH
Pinjam sekeping gambar demo dari FB gallery demo nak buh sini har...hehe.
Terima kasih
nih link dia di FB
www.facebook.com/inbox/?ref=mb#/azharhamzahya
erie....
Tuesday, January 12, 2010
Pemandu rakam gambar gajah melintas
JELI: Seorang pemuda sempat merakam aksi seekor gajah melangkah penghadang jalan di Kilometer 27 Lebuh Raya Timur Barat berhampiran sempadan Kelantan-Perak, kira-kira jam 6.30 petang kelmarin.
Mat Mazarin Ramlee, 27, yang bekerja sendiri berkata ketika itu beliau dalam perjalanan pulang ke Sungai Petani, Kedah selepas menziarahi saudaranya di Pasir Puteh, Kelantan.
Katanya, disebabkan terkejut selepas terserempak dengan kehadiran hidupan liar itu, beliau mengambil keputusan berpatah balik ke Jeli, dan meneruskan perjalanan ke Sungai Petani pagi semalam.
"Saya tidak mahu mengambil risiko meneruskan perjalanan kerana bimbang kemungkinan ada kumpulan gajah lain di hadapan sepanjang jalan raya berkenaan.
"Saya diberitahu penduduk Jeli yang ditemui, kumpulan gajah liar itu sering melintasi kawasan itu untuk mencari makanan di hutan bersebelahan, terutama pada waktu senja dan malam, malah kadang kala memasuki serta memusnahkan tanaman penduduk kebelakangan ini," katanya.
Mat Mazarin berkata, pengalaman melihat sendiri haiwan liar itu berada di depannya menjadi kenangan sepanjang hayatnya kerana tidak ramai yang berpeluang menempuh pengalaman berkenaan.
Dipetik dari www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Nasional/20100112011737/Article/index_html
saya sendiri pernah berdepan dengan situasi macam ni. dalam tahun 1999 kalau tak silap, waktu tu selalu juga balik ke Rantau Panjang melalui Gerik. memang terkejut 4-5 ekor sekali gajah nak melintas memandangkan dah terlepas depan dia teruskan jer perjalanan ke Kuala Lumpur... kalau setakat najis dia mmg selalu nampak kalau lalu GERIK/JELI. tapi semenjak tol naik2 tak lalu dah sana. last sekali mungkin 2003
erie..
Monday, January 4, 2010
HARI PERTAMA ALYA KE SEKOLAH
Bukan main seronok dia pagi ni bangun tido.. terus mandi. Di sekolah pun dia seronok nampak gaya kalau besok nak kerja pun dah boleh. Tadi pun dah ajar Alya naik van terus bila balik dr sekolah. Pagi nak kesekolah tak jadi masalah bapa dia boleh hantar. Apapun mmg dia seronok sangat katanya 'Alya dapat kawan ramai'
erie..