Friday, January 30, 2009

GURU-GURU YANG MASIH KEKAL DI SMRP

Ini ada sedikit info yang boleh dikongsi dengan rakan-rakan. Foto ini semua diambil dari majalah 'RANTAU 2008' edisi 17, yang terbaru lah...lah kiranya.. berikut adalah wajah guru-guru zaman kita dulu yang masih menyumbangkan bakti di SMRP...

Pagi tadi aku ke Maybank Rantau Panjang.. nak keluarkan duit yang dah makin surut... terserempak dengan Cikgu Nik Norma.... Cikgu Bahasa Melayu kita dulu.... sempat gak bersembang-sembang denganya.. beliau kini mengajar di Sek Men Barol Pial (kawasan rumah Cikgu Patah ni). Pada aku Cikgu Nik Norma ni salah sorang guru yang 'best' mengajar subjek Bahasa Melayu... waktu tuu Tingkatan 4.. gak sekali dengan Cikgu Wan Ali..tahun 1994. Masa di Tingkatan 5 subjek Bahasa Melayu Cikgu Za'im yang mengajar kita semua... pun 'Best' gak cara beliau mengajar....


Berikut foto-foto untuk dikongsi dengan rakan-rakan....


post by smrp, erie


Majalah RANTAU

Senarai Nama Pengetua SMRP
Orang-orang kuat SMRP

Tahniah Cikgu Za'im- Anugerah Pekhidmatan Cemerlang

Ustazah Zawiyah-seronak bila time dia cerita kisah-kisah Nabi..

Cikgu Murni -Cikgu Bahasa Inggeris

Cikgu Za'im- Cikgu Bahasa Melayu

Cikgu Abd Patah..dulu2 warden asrama lelaki..

Cikgu Azman- Cikgu Sains...

Cikgu Abdullah-Cikgu Sejarah, Kini Pengetua SMRP

Cikgu Mah Hussain-Cikgu paling lama berkhidmat di SMRP 24thn
Cikgu Wan Adzmi-siapa yang terlibat dengan Koperasi mesti kenal..dgn beliau

Thursday, January 29, 2009

CIKGU WAN ALI

Kawan-kawan lewat petang tadi aku bersama family ke Pasir Mas singgah sebentar di Kedai Roti Florida. Pada mulanya aku terserempak dengan En. Hanafiah di luar kedai dahulunya kerani di SMRP, dalam masa bersembang dengan beliau aku ternampak seseorang dalam kedai.. Rupa-rupanya Cikgu Wan Ali... kebetulan membeli di kedai tersebut. Apa lagi bersembang-sembang jugalah kami bertiga.... Cikgu Wan Ali sekarang mengajar di Sekolah Menengah Kedondong, Pasir Mas.. Selama 14thn aku meninggalkan SMRP ini lah kali pertama aku bertemu kembali dengan beliau, yang menariknya wajah beliau tidak sedikit pun berubah dengan dahulu...'masih kacak' hehehe pada aku Cikgu Wan Ali ni tak kedekut dengan senyuman.. pendek kata setiap masa beliau tersenyum sewaktu..mengajar. Beliau mengajar aku dahulunya di tingkatan 4 subjek Matematik, waktu tu bangunan kami bersebelahan sekolah rendah yang sedang dibina.. tau sajalah waktu bunyi bising jentera-jentera... tapi wajah beliau masih gak boleh tersenyum... tahun tuu arwah Cikgu Azman pun mengajar B.I di tingkatan kami... Al-Fatihah untuk arwah dan keluarga....yang mana beliau terlibat dengan kemalangan jalanraya tak silap aku pada musim raya.


post by smrp, erie



Wajah terkini Cikgu Wan Ali

Wednesday, January 28, 2009

7 AYAT.....

Sabda RASULLULAH SAW:"barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan.."
1. Bismillahhirrahmannirrahim pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Alhamdulliah pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.
3. Astagfirrullah jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.
4. Insyaallah jika ingin muelakukan sesuatu pada masa akan datang.
5. Lahaulawalaquataillahbillah bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.
6. Innalillah jika menghadapi musibah atau melihat kematian.
7. Iaailaahaillallah bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

Mutiara Kata: "Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi ada kalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus."

post by smrp: navi

Jawapan untuk Teka-teki....

Kalu kengkawan nak tahu apa yg dimaksudkan dengan kawin paksa rela..........

Jawapan: Kawin paksarela ialah perkahwinan yang tidak dipersetujui oleh pengantin sama ada lelaki mahupun perempuan. Tetapi apabila malam hari menjelang kedua-duanya tetap merelakan apa yang berlaku tu untuk memenuhi tanggungjawab masing-masing sebagai suami isteri.

Hah tu la sebenarnya maksud kawin paksa rela......

post by smrp: navi

MASIH INGAT KAH LAGI ?

Petang tadi aku berkesempatan ke SMRP untuk merakamkan foto SMRP untuk dikongsi dengan rakan-rakan, sementara aku masih bercuti.. dan tiada benda nak dibuat.. Ahad ini baru aku nak balik ke Kuala Lumpur...

post by smrp, erie


Bilik Guru/Pentadbiran

Tempat lepak pada waktu rehat dengan Wawie

Dahulu 5A3 kini 5Sc3

Block untuk tingkatan 5 pada Tahun 1995

Tempat perhimpunan setiap Ahad pagi

Sudut Infomasi

Dulu pejabat di bawah, sekarang di tingkat atas

Kantin Sekolah

Bangunan yang paling lama sempadan dengan SRK
Surau berwajah baru

Bangunan baru dan padang bola

Tuesday, January 27, 2009

Teka-teki (Bhg.1)

Apakah yang dimaksudkan dengan kawin paksa rela?
Hah kengkawan....,jawab jangan x jawab..

post by smrp: navi

Persamaan sikap antara Kucing & Lelaki (Bhg. Akhir)

7) Kucing jantan ada perasaan ingin tahu (curiosity)
~ Kalau kucing suka melihat benda-benda pelik dan lari untuk memegangnya, samalah dengan lelaki. Mereka suka mencuba benda yang baru dan benda yang tak pernah mereka rasa. Tengok sahaja Mat Gian, lebih 85% adalah org lelaki. Lelaki ni kan ada otak kan.... Lu pikirlah sendiri mana yang baik dgn yang buruk kan.

8) Kucing jantan akan merebut kawasan mereka
~ Ini selalu dalam kes lelaki samseng la ataupun Along. Nak rebut2 kawasan. Mereka nak tunjuk ego mereka. Biasa lah lelaki ni mesti nak tunjuk ego mereka. Layan!!!!

9) Kucing jantan ada yang ego/buat bolayan kat tuannya/org sekeliling
~ Kucing juga ada ego mereka. Tengok kalau kita panggil ia, "miow, miow mari sini", (kalau time ia tak lapar), mampus ia nak datang kat kita. (lainlah kalau memang kucing tu dengar kata/educated) . Kalu kita kejar, ia akan lari. Macam lelaki jugak, makin dikejar, makin dia nak lari dari kita. Nama pun lelaki, mereka takkan nak tunduk, lebih2 lagi kepada perempuan. For sure anda kenal lelaki anda, guna la bermacam cara untuk lembutkan hati mereka. Tapi bukan minta mereka tunduk dengan kita ya.. Mereka perlu dihormati.

10) Kucing jantan takkan pernah setia kat seekor kucing betina
~ Kalau diikutkan ini tak berapa sama, tp ada persamaannya. Ikut kajian, hampir 78% (berdasarkan majalah Cleo keluaran bila ntah), lelaki takkan akan kahwin dengan girlfriend pertama dia (pls note: secara specificnya bukan cinta pertama tp first girlfriend pertama dia). Begitu juga dengan lelaki yg modern (of coz) dan bkn yang conservative, selalunya tidak akan berkahwin dgn first girlfriend dia. Tetapi ada juga la species lelaki yang memang setia pada yang satu dari girlfriend pertama & jenis taknak tukar-tukar girlfriend/isteri (yang tu tak ikut perangai kucing la).

post by smrp: navi

Saturday, January 24, 2009

BANJIR OH BANJIR

Berikut ada lah foto banjir kali ke-2 di Rantau Panjang..pada 04-01-09 lalu.. Foto berkenaan aku copy dari PC anak buah.aku. untuk di kongsi dengan rakan-rakan. Cuaca di Rantau Panjang semalam dan hari ini mendung kadang-kadang hujan lebat... mungkinkan akan ada banjir kali yang ke-3 ???? tidak mustahil.. macam tahun lepas.. difahamkan ada banjir pada bulan Februari..

Lupa nak bagi tahu kawan-kawan hari ini di Rantau Panjang kesesakan lalulintas memang teruk.. dari Jambatan memasuki Golok sampailah ke Sekolah Arab Banggol kulim... keluar dengan motor tadi nak ke pejabat Pos pun tersumbat-sumbat juga..pendek kata memang ramai orang yang balik kampung dan jugak yang bercuti ke pantai timur..ni..

post by, erie


Klinik Perdana

Jalan Besar Rantau Panjang

Stesen Teksi/Bas Rantau Panjang

Jalan Besar Rantau Panjang

Kedai Bebas Cukai

Di hadapan 7 Eleven

Jalan Sekolah Cina

Ini kalau tak kenal tempat ni, memang nak kena rotan lah..

Tanah Perkuburan Besar Rantau Panjang

Friday, January 23, 2009

Diari Guru Biasa







Karangan pasal kerja aku. Sebenarnya tak banyak yang menarik pasal aku sebab aku hanya seorang guru daerah pedalaman yang terpaksa berdepan dgn pelajar setiap hari. Spt guru2 lain aku tak boleh lari dari tekanan. Aku mula dikurniakan penyakit darah tinggi lepas setahun berkhidmat di pedalaman Sabah iaitu pada tahun 2004. Tahap paling kritikal pada tahun 2006, aku masuk hospital 2 kali pada minggu yang sama. Ketika tu aku ingat, dah takda harapan lagi. Tapi alhamdulillah, aku akhirnya sembuh setelah diubati pakar dari salah sebuah hospital swasta kat Kota Kinabalu. Rupanya aku ni stress yang melampau+darah tinggi. Tapi tak lama aku follow up ngan hospital tu sb pulus tak banyak. Aku pindah ke SMK Palong 7 (F), jempol, negeri Sembilan pada 1 Januari 2008. Pun dikira sebagai kawasan yang paling jauh dari bandar Seremban, kira-kira 100 km lebih. Mungkin nasib aku untuk bersatu dgn nyanyian unggas. Klu di Sabah, tempat aku dikelilingi bukit-bukit indah, kat sini aku dikelilingi ladang kelapa sawit dan getah. Hampir 6 tahun aku jadi guru B.Melayu, tahun ni baru aku mengajar sastera n sejarah(mula tahun lepas). Aku ajar 6 kelas sejarah tingkatan 3, 1 kelas sastera tingkatan 4 dan 1 kelas sastera tingkatan 5. Aku jugak guru penasihat kelab badminton, kadet remaja sekolah dan kelab setia alam di samping banyak lagi tugas2 lain. Orang kata jadi guru ni rileks tapi aku rasa tak benar. Kami akan berada di sekolah pada bila2 masa kami diperlukan. Semalam pun aku terpaksa gubah sebuah lagu nasyid untuk anak murid aku bertanding wakil sekolah. Wlp lagu tu tak sedap langsung n aku takda pengalaman, demi title GURU aku terpaksa cipta jugak. Akhirnya kitaorang praktis lagu tu pakai gitar (aku pantau je) sampai pukul 12 mlm. Itu dipanggil tanggungjawab sosial. Itula yang selalu masyarakat tak nampak. Apa yang jabatan kerajaan lain sering pertikaikan ialah cuti yang kami dapat. Sekolah zaman sekarang bukan macam sekolah zaman kita. Rata2 sekolah skrg ni guru2 dia terpaksa balik lewat sama macam pekerja ofis yang lain. Tapi dalam soal ni aku kira nasib baik la sebab Boss aku ni jenis yang memahami org2 bawahan dia. So, kami dapat balik kira2 2.00 pm pada hari isnin, selasa n Khamis. Ari Rabu, kira2 pukul 3.00pm. Tapi pada hari2 tertentu, kitaorang terpaksa datang balik petang utk segala aktiviti lain spt sukan, kawad, perjumpaan dan sebagainya. Kdg2 hujung minggu terpaksa dikorbankan. Aku selalu turun dari rumah utk ke sekolah sekitar pukul 6.30 hingga 6.45 pagi. Sekolah masuk pukul 7.20 pagi. Sebenarnya tugas seorang guru jarang dipaparkan media sb anggapan semua org pernah lalui alam sekolah. Tapi berapa kerat dari kita yang tahu apa yang tersimpan disebalik wajah ceria seorang guru? Aku amat kagum dgn Cikgu Sakinah Matematik, Cikgu Hashimah Sastera, Cikgu Nik Norma Sifu BM, Teacher Murni BI, Ustazah Noriah, Cikgu Mat Noor Man Bai (SRKRP), Cikgu Ismail pendek (SRKRP), Cikgu Ooi Rubiah (SRKRP), Sir R. Nandarajah (SRKRP), Teacher Miss Chan (SRKRP),
dan lain2. Sebenarnya tak banyak guru sekolah menengah yang aku sayang berbanding guru sekolah rendah. Kauorang mungkin setuju/tidak ngan pendapat aku. Kelebihan guru sekolah rendah:

1.Ajar sampai betul2 faham dgn anggapan kita tak tau apa2.
2.Tak ego
3.Tak pilih bulu
4.Ikhlas menyayangi kita
5.Belaian n sentuhan penuh naluri keibubapaan
6.Suka senyum kat kita
7.Selalu pujuk bila kita sedih

Itu semua pendapat peribadi aku. Mungkin tak sama ngan pendapat org lain. Aku sekarang banyak praktis cara guru2 sekolah rendah. Sebab tula budak2 kelas aku terlalu manja ngan aku. Tapi, bila diaorang dah naik kepala n aku hilang sabar, mula la rotan aku berjalan. Aku rasa setakat ni je la dulu. Lain kali aku akan tulis pasal kisah2 lucu budak2 aku....Man Neg9





SMK.PALONG TUJUH (f)

Thursday, January 22, 2009

Persamaan sikap antara Kucing & Lelaki (Bhg.2)

4) Kucing jantan kuat merayap
~ Lelaki juga sama seperti kucing (selalunya lah). Mereka gemar merayap & melepak, selalunya dengan kawan2 (ni tak sama dengan kucing). tetapi sebagai penjaga kucing, selalunya kita akan melepaskan kucing kita keluar, kerana kita tahu dia akan pulang sendiri. Begitu jugak lelaki. Agak sama kan??? TETAPI, jika kucing mahal/baka baik, selalunya kita akan mengurungnya di dalam sangkar kan. Cuba kita lepaskan dia, confirm dia akan lari sebab dah jumpa kebebasan. Kesimpulannya, janganlah "kurung" lelaki.

5) Kucing jantan mahal/baka baik makan Friskies, kucing jantan kampung makan ikan lauk nasik
~ Sama cam lelaki, ada lelaki tastenya camni, ada lelaki tastenya camtu. Kita kena faham taste lelaki itu dahulu, sebelum kita buat satu relationship dengan dia. Kite kena saling memahami.

6) Kucing jantan tak suka dipaksa
~ Ermmm, ni memang sangat2 betul. Sama cam lelaki, lelaki ni amat pantang dipaksa. Dia paksa tak ape, (tengok kucing, dia akan mengiow kat tuannya selagi tak dapat makanan). Macam kucing, kita takleh paksa dia tidur, takleh paksa dia makan & takleh peluk dia dengan paksa. Nanti kena cakar babe!!! Janganlah memaksa lelaki. Bagi dia space dia tp dalam masa yang sama pantau. Jangan sampai dia main kayu 3 plak.

To be continue.......
post by smrp: navi

Wednesday, January 21, 2009

Persamaan sikap antara Kucing & Lelaki (Bhg. 1)

Lelaki boleh diibaratkan seperti seekor KUCING JANTAN. Mengapa?

1) Kucing jantan suka dibelai.
~ Ya, memang lelaki suka sangat dibelai oleh perempuan, tak kira la awek ke, isteri ke, ibu ke...
Memang mereka suka dibelai tetapi AWAS, mereka mungkin akan mencakar anda jika anda mengasarinya. Jadi berlembut la dengan lelaki. Mereka tak suka yang wanita kasar.


2) Kucing jantan kuat makan & cepat lapar
~ Kucing memang kuat makan & akan mudah menjadi cepat lapar. Jadi, paham ajelah, bukan setakat makanan sehariannya aje yang perlu dijaga, "makanan" batinnya juga perlu dicukupkan. Jadi, jagalah makan minumnya. Seorang suami suka masakan isterinya. Kepada yang bertitle Girlfriend, belajarlah masak dari sekarang. Yang bertitle isteri, masak lah untuk suami jika tidak mahu dia mencari lain. Jika tak tahu, belajarlah. Tak sia-sia kalau tambah ilmu rumahtangga ni.

3) Kucing jantan kuat tidur
~ Lelaki memang kuat tidur (tp ada juga yang jenis tak kuat sngt, tp bilangannya amat sikit). Dan kerana itu, bagilah peluang kepada lelaki untuk tidur secukupnya, jika tidak, ada yang akan mengamuk lebih teruk lagi jadi seperti kucing, dia tidak akan mengamuk tetapi akan beralih tempat tidur. Anda mahu suami anda beralih tempat tidurnya ka???? Jadi, jangan kacau time dia tidur.

To be continue........
post by smrp: navi

Tuesday, January 20, 2009

MEMENUHI PERMINTAAN CIKGU JEMAN


Memandangkan Wawie pun dah post sini, Jeman pula buat permintaan, ini yang aku ada boleh doh kot man ?? lepas ni giliran siapa pula ??
post by, erie

Saturday, January 17, 2009

Hari-hari Kerja (Bhg. 2)

Semalam aku n the team telah berjaya siapkan 357 data industri di Pahang...So ari ni kami target untuk siapkan 1 ribu lebih database industri sekitar Negeri Johor...Ari ni yang bertugas hanyalah aku, Din, Zurah & Ayeob....Boleh ker kami siapkan data 1 ribu?

post by smrp: navi

Friday, January 16, 2009

Permata Hati

Anak sorang je tapi kadang-kadang pening gak melayan karenah dia, ni plan nak bercuti Raya Cina ni, entah okay tak perangai dia, biasa perjalanan jauh dia buat hal dalam kereta. Nak gi PD pun nanti dia main pasir, masuk mulut pulak, nak gi Tasik Chini, kang jumpa naga, dia takut pulak, malam ngigau susah gak aku nak zzzz.

Budak yang pakai baju biru ni, kerja supervisor Steward kat tempat aku, dia ni orang Rantau Panjang gak, nama dia Najid, ada korang kenal dia tak? Aku memang tak kenal dia masa kat Rantau Panjang , kenal kat sini, orangnya suka buat lawak punya....


Kat sebelah Najid, awek pakai baju merah tu dulu pernah kerja kerani kat tempat aku tapi dah berhenti dah, kata nak balik kerja kampung, tiba2 muncul balik. Nama dia Ros, budak Rantau Panjang gak, sekolah sama gak dengan kita, tapi aku tak kenal dia pun sebelum ni, dia muda 4 tahun dari kita, mana nak kenal masa sekolah dulu, tapi ada tak antara korang yang kenal dia?

Hari-hari kerja...

Aku tlh diberi tugas utk lead satu projek menyiapkan dan hantar training kalendar 2009 yang membabitkan 15 ribu database industri....Jadi untuk mencapai target time frame yg ditetapkan dan tarikhnya bermula pada hari ini, oleh itu aku mengerahkan smua askar2 utk melibatkan diri...Aku nye operation team terdiri drp aku sendiri, Din, Kila, Mai, Zurah & Ayeob.....

SELAMAT BERJAYA MY TEAM!!!!!

Thursday, January 15, 2009

PENTING!!!

MEMANG patut NEGARA diaorg PANAS dan MISKIN FOREVER...BUSUK HATI !!! Tulah padan muka, India sekarang dok kena heatwave teruk suhu sampai 45 degrees..buat lagi kerja2 mcm nih... lupakan aishwarya rai ke, khan-khan ke..sapa2 yang seagama dengannya...
HINDUS BURNING THE HOLY QURAN.. NOW THEY GET HEATWAVE 45 DEGREE C PLEASE FORWARD THIS TO AS MANY MUSLIMS AS YOU CAN IN DIFFERENT COUNTRIES SO THAT IT MAY REACHES THE MEDIA WHICH WILL - FOR SURE COVER IT AS WELL AS IT DESERVES, AND THE MUSLIMS ALL OVER THE WORLD MAY KNOW & DO SOMETHING ABOUT THIS. THIS IS AN EXCLUSIVE PICTURE AND IT'S THE ONLY PROOF OF THE UNFORGIVABLE SIN DONE BY THE HINDUS.

post by: navi

Tulang Rusuk yang Hilang (Siri Akhir)

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali.. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusahamencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di manabanyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya olehsebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC.. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.....
Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...
Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuhhati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-katayang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.
Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??--

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH

post by: navi

Wednesday, January 14, 2009

PAGI YANG BEST !!

Hari ni bos xde.....dia p KL.... so pagi ni, aku la bos! hehehehee...jom kengkawan kita main bola!

smrp, navi

JC-BRAZIL

Terjumpa gambar lama sewaktu hangat piala dunia 2006 dulu, dekat tempat kerja aku sepanjang bulan tuu boleh pakai JC bola. hahaha apa lagi masing-masing dengan JC pasukan masing-masing lah. Aku waktu tu minat pasukan Brazil. apa lagi JC kuning lah.. main bola tak pernah.. sampai pakai JC.. itu pun kalau main bola pun masa PJ masa sekolah dulu lah.. waktu tuu Cikgu PJ, Cikgu Fauzi.. ada ingat lagi kah ??

Navi pakai JC kurang-kurang main gak futsal.. aku langsung.. takder main bola hahaha..





smrp, erie

TULANG RUSUK YANG HILANG (SIRI 1)

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.
Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".
LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat........

Apa agaknya kesudahan cerita ini?....2 be continue....

smrp, navi

MALAM YG X MENJADI...

Malam td aku n the team ada game friendly futsal lwn Pejabat Naib Cancelor....Entah apa la silapnya, permainan kami tdk teratur dan x menjadi seperti mlm2 sebelumnye..(ceh wah..mcm bagus sgt sblm ni, hehehhee). Pada mlm td kami mengalami kekalahan di tangan jiran sebangunan..sungguhpun begitu, aku sempat gak menyumbangkan 2 jaringan utk team opis aku....hehehee....

smrp, navi

TEAM FUTSAL !



Salam Kengkawan....

Lama doh aku x jumpa dgn korang ek, almaklum la masing2 dh ada life sendiri...Cuma baru2 ni time turun KL, smpt gak la jumpa dgn Shafie...Thanks kpd Shafie sb sudi lepak dgn aku walaupun masa tu time dh kol 12 malam....

Hah kengkawan...., ini adalah team futsal opis aku. Skrg ni kitaorg tgh menyertai liga futsal antara jabatan di Universiti Malaysia Pahang. Mintak kengkawan smua doakan semoga aku menjadi penjaring terbanyak, heheeehehe koya lebih ni....hahahahahhaa
smrp, navi

RAKAN LAMA SMRP-NAVI

Hahaha rupanya ada pun info yang boleh dikongsi dengan rakan-rakan dekat blog ni, mesti tak lupa kot bila anda semua tengok foto beliau... sorry pada Navi kerana hari ini baru saya terbaca email daripada beliau.. Tahniah.. kerana telah mempunyai 2 orang cahaya mata.. sorang dah Darjah 1 sorang lagi 10 bulan.. hahaha sama lah dengan aku V, aku pun 2 orang gak sepasang..setakat ni lah..


Navi-1995

Navi-2009 (siap ada misai hehe macho)

Cahaya Mata Navi

smrp, erie

Tuesday, January 13, 2009

TIADA BAHAN

Memandangkan tiada apa-apa bahan..minggu ni, jadi aku taruk jer lah foto ni.. jumaat malam sabtu lepas bersama kawan-kawan apa lagi kalau bukan 'Terbang'


Yang paling senior kami panggil 'Atuk Mat'
Di siang hari

Pilot dengan plane masing-masing

Red Arrow kawan punya-aku test pilot jer

Tengok Bulan dan Bintang

Rakan-rakan waktu malam

smrp, erie