Friday, January 23, 2009

Diari Guru Biasa







Karangan pasal kerja aku. Sebenarnya tak banyak yang menarik pasal aku sebab aku hanya seorang guru daerah pedalaman yang terpaksa berdepan dgn pelajar setiap hari. Spt guru2 lain aku tak boleh lari dari tekanan. Aku mula dikurniakan penyakit darah tinggi lepas setahun berkhidmat di pedalaman Sabah iaitu pada tahun 2004. Tahap paling kritikal pada tahun 2006, aku masuk hospital 2 kali pada minggu yang sama. Ketika tu aku ingat, dah takda harapan lagi. Tapi alhamdulillah, aku akhirnya sembuh setelah diubati pakar dari salah sebuah hospital swasta kat Kota Kinabalu. Rupanya aku ni stress yang melampau+darah tinggi. Tapi tak lama aku follow up ngan hospital tu sb pulus tak banyak. Aku pindah ke SMK Palong 7 (F), jempol, negeri Sembilan pada 1 Januari 2008. Pun dikira sebagai kawasan yang paling jauh dari bandar Seremban, kira-kira 100 km lebih. Mungkin nasib aku untuk bersatu dgn nyanyian unggas. Klu di Sabah, tempat aku dikelilingi bukit-bukit indah, kat sini aku dikelilingi ladang kelapa sawit dan getah. Hampir 6 tahun aku jadi guru B.Melayu, tahun ni baru aku mengajar sastera n sejarah(mula tahun lepas). Aku ajar 6 kelas sejarah tingkatan 3, 1 kelas sastera tingkatan 4 dan 1 kelas sastera tingkatan 5. Aku jugak guru penasihat kelab badminton, kadet remaja sekolah dan kelab setia alam di samping banyak lagi tugas2 lain. Orang kata jadi guru ni rileks tapi aku rasa tak benar. Kami akan berada di sekolah pada bila2 masa kami diperlukan. Semalam pun aku terpaksa gubah sebuah lagu nasyid untuk anak murid aku bertanding wakil sekolah. Wlp lagu tu tak sedap langsung n aku takda pengalaman, demi title GURU aku terpaksa cipta jugak. Akhirnya kitaorang praktis lagu tu pakai gitar (aku pantau je) sampai pukul 12 mlm. Itu dipanggil tanggungjawab sosial. Itula yang selalu masyarakat tak nampak. Apa yang jabatan kerajaan lain sering pertikaikan ialah cuti yang kami dapat. Sekolah zaman sekarang bukan macam sekolah zaman kita. Rata2 sekolah skrg ni guru2 dia terpaksa balik lewat sama macam pekerja ofis yang lain. Tapi dalam soal ni aku kira nasib baik la sebab Boss aku ni jenis yang memahami org2 bawahan dia. So, kami dapat balik kira2 2.00 pm pada hari isnin, selasa n Khamis. Ari Rabu, kira2 pukul 3.00pm. Tapi pada hari2 tertentu, kitaorang terpaksa datang balik petang utk segala aktiviti lain spt sukan, kawad, perjumpaan dan sebagainya. Kdg2 hujung minggu terpaksa dikorbankan. Aku selalu turun dari rumah utk ke sekolah sekitar pukul 6.30 hingga 6.45 pagi. Sekolah masuk pukul 7.20 pagi. Sebenarnya tugas seorang guru jarang dipaparkan media sb anggapan semua org pernah lalui alam sekolah. Tapi berapa kerat dari kita yang tahu apa yang tersimpan disebalik wajah ceria seorang guru? Aku amat kagum dgn Cikgu Sakinah Matematik, Cikgu Hashimah Sastera, Cikgu Nik Norma Sifu BM, Teacher Murni BI, Ustazah Noriah, Cikgu Mat Noor Man Bai (SRKRP), Cikgu Ismail pendek (SRKRP), Cikgu Ooi Rubiah (SRKRP), Sir R. Nandarajah (SRKRP), Teacher Miss Chan (SRKRP),
dan lain2. Sebenarnya tak banyak guru sekolah menengah yang aku sayang berbanding guru sekolah rendah. Kauorang mungkin setuju/tidak ngan pendapat aku. Kelebihan guru sekolah rendah:

1.Ajar sampai betul2 faham dgn anggapan kita tak tau apa2.
2.Tak ego
3.Tak pilih bulu
4.Ikhlas menyayangi kita
5.Belaian n sentuhan penuh naluri keibubapaan
6.Suka senyum kat kita
7.Selalu pujuk bila kita sedih

Itu semua pendapat peribadi aku. Mungkin tak sama ngan pendapat org lain. Aku sekarang banyak praktis cara guru2 sekolah rendah. Sebab tula budak2 kelas aku terlalu manja ngan aku. Tapi, bila diaorang dah naik kepala n aku hilang sabar, mula la rotan aku berjalan. Aku rasa setakat ni je la dulu. Lain kali aku akan tulis pasal kisah2 lucu budak2 aku....Man Neg9





SMK.PALONG TUJUH (f)

1 comment:

Wee said...

Man, apa nama sekolah kau? Patutnya bagitau lebih terperinci nanti, boleh aku pi cari nak ajak kau minum ke apa ke...