Tuesday, June 2, 2009

LARANGAN DARI RASULULLAH S.A.W

Larangan dari Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam:Dari Jabir radhiyallahu 'anhu, dia berkata,"Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam telah melarang kuburan dikapur(di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunandiatasnya."(Hadith Riwayat Imam Muslim)Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersamajenazah adalah diharamkan yang telah menular di kalangan orang-orangIslam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kuno dalamupacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut bolehmensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah danberbangga.Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar(marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullahshallallaahu 'alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran hartayang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amatdimurkai Allah subhanahuwata'ala.Ali bin Abi Talib radhiyallahu 'anhu berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asadi,"Tidakkah kamu mahu aku utuskan kamu untuk melakukan perkara yang akudiutuskan oleh Rasulullah untuk melakukan? Kamu hendaklah meruntuhkansemua berhala dan meratakan semua kubur yang ditinggikan orang."(Hadith Riwayat Imam Muslim)

No comments: