Akum Kenkawan...Kali ni aku nak kongsi pengalaman pertama ke Jakarta dan Bandung, Indonesia. Aku ke sana 2hb Jun lepas selama 3 hari 2 malam je. Fenomena sekarang ni ramai org Malaysia melancong ke sana sebab kononnya barang2 kt sana murah2. Khasnya di Bandung. Tp aku k sana sb aku teringin sangat nak kenal tempat org. Dah setahun lebih aku tak naik kapal terbang. Slama ni aku dok berulang ke Sabah. Sjk pindah balik semenanjung, aku dah tak dpt lg merasa kapal terbang. Sbnarnya bkn best pun naik kapal terbang, tambahan pula org ada darah tinggi mcm aku ni selalu ada masalah telinga berdengung bila kapal naik semakin tinggi di udara. Tapi terubat juga bila tengok pramugari2 yang fuuuhhh! Aku sampai ke Jakarta pukul 8 pagi waktu Indonesia Barat.Sampai je kt Lapangan Terbang Antara Bangsa Soekarno Hatta, aku tergamam sb langsung tak nampak suasana Internasionalnya. Lebih kurang airport KB je. Kemudian aku n group mnuju ke toilet dan hampir tergelak aku bila toilet di situ ditulis KAMAR KECIL. Agak janggal bagi kita tapi bagi org Indonesia, itulah yang betul.
Kemudian group kami dibawa ke Pusat Membeli Belah Cempaka di Jakarta, Byk barang2 kulit mcm barang Golok n tudung2 gaya Indon. Smuanya tak menarik minat aku. Maklumla aku dah bosan tengok brg2 mcm tu di RP. Indonesia mmg ramai penduduk. Jakarta mmg crowded ngan orang ramai. Tapi org2 dia lawa2.
Lepas window shoping, kami singah di restoran minang untuk makan. Makanan Minang ni lebih kurang makanan kita juga.
Pusat Bandar Jakarta
Pusat Bandar Jakarta
Masjid tempat kami singgah sembahyang. Membar aku siap kerahkan anak2 bergilir2 jaga kasut. Maklumla smua pakai kasut lawa2, takut kluar dari masjid berkaki ayam je.
Kami terus menuju Bandung yang jauhnya hampir 3 jam dari kota Jakarta. Bandung ni mcm Cameron. Suhu sejuk. Kami ditempatkan di hotel 3 bintang yang biasa2 je.
Hotel Impress, Bandung.Sbg Ketua rombongan, aku dapat bilik seorang. Tapi apa guna, bini takda
Petangnya tu bermulalah aktiviti shoping di factory outlet store di bandung. Aku beli byk seluar pendek sbb di Malaysia susah nak cari seluar pendek saiz besar (giant). Malamnya kami mkn seafood ala Indonesia. Mknan Indon memang tak best bagi aku. Dipendekkan crite, hari berikutnya kami ke Gunung Tangkuban Prahu,yang terdapat kawah gunung berapi yang dah lama meletup. Yg aku heran tu, katanya dah lama mletup tapi aku tngok masih ada asap yang kuar dari tanah kt kawah tu. Risau la nampak
Aku berlatarkan bekas kawah gunung berapi
Org ramai sering diganggu oleh juru jual jalanan yang menjual key chain, topi, baju, strawberi n lain2. Aku n kawan2 tertekan sgt dengan gelagat diaorg cuba memujuk. Last sekali aku termakan pujuk lalu terbeli sampai 90 pieces key chain yang akhirnya jd hadiah utk guru2 sekolah aku. Tapi key chain tu tak mahal pun sb harga dia kalu kira duit Malaysia jatuh dalam seringgit lebih saja.
Aku, berlatarkan pasar cendera mata. Pendek kata, kalu takda gangguan, Tangkuban Prahu ni sesuai utk tenangkan perasaan.
Stesen Bas Bandung.
Mkn tengah hari di Bandung. Masakan Sunda
Kemuncak shoping, di Pasar Baru, bandung. Pasar ni mmg terkenal dlm kalangan org Malaysia. Blh dikatakan 80% yg shoping kt situ, org Malaysia. Tak terasa pun berada di Indonesia. Apa lg, member2 pompuan sibukla shoping. Aku plak cari telekung smbahyg utk mak n kakak2n adik kesayangan aku. Adik aku la paling byk dapat baju sb baju2 kt Pasar Baru mmg murah.lps tu ke kedai jeans pula. Tp jeans kt sana harga dia hampir sama ngan Malaysia. Malamnya cari butik adidas tapi, harga lebih kurang juga dgn harga Malaysia. Kesimpulannya, brg2Jenama standard kat sana takdala murah sangat tapi adala beza dlm 10-20 ringit. jd klu nak shoping brg2 mcm adidas, beli je di Malaysia. Tk payah tambang kapal
salah satu factory outlet yang popular di Bandung
antara ahli rombongan
Air pot Bandung yang sebenarnya merupakan airport tentera. Aku pulang ke KL dari airpor Bandung...Rasanya setakat ini saja coretan kali ini, InsyaAllah, next time ada lagi story.....
Wednesday, June 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
sedap weh orang gee jalan jauh nie. dengar kata nak gee lagi tu habis lah
Post a Comment