Sunday, February 22, 2009

APA NAK JADI ??

MUTAKHIR
Guru dituduh cuba rogol pelajar

KOTA BAHARU: Seorang guru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap dua tuduhan cubaan mencabul dan merogol seorang pelajar perempuan dan satu pertuduhan memiliki bahan lucah kira-kira dua tahun lepas. Mohd Nasir Abdul Rahman, 50, dituduh cuba mencabul kehormatan seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun di Bilik Unit Peperiksaan, Sekolah Menengah Rantau Panjang dekat sini pada 3.30 petang, 16 Mac 2007. Bagi pertuduhan kedua, guru itu didakwa cuba merogol pelajar perempuan yang sama di PT 1832, Kampung Gual, Rantau Panjang pada 12 tengah hari, 14 April 2007.
Dia juga didakwa memiliki gambar lucah di dalam telefon bimbit dan komputer ribanya di Balai Polis Rantau Panjang pada 11.25 malam, 24 April 2007. Hakim Che Mohd Zulkifly Jusoh membenarkan Mohd Nasir diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan syarat iaitu jaminan itu akan ditarik balik jika terdapat laporan tertuduh menganggu saksi dalam kes itu. Mahkamah kemudian menetapkan 26 April ini untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Madihah Zainol, manakala guru itu diwakili peguam Mohd Ridwan Muhammad. - Bernama

dipetik dari

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Mutakhir/20090223151202/Article

cikgu baru nih... tak kenal pun...

No comments: