Wednesday, May 19, 2010

Gaji 600,000 kakitangan awam disemak

Petikan Berita Harian, 20 Mei 2010;

KUCHING: Kira-kira 600,000 kakitangan awam dalam Kumpulan Sokongan Satu dan Dua dijangka akan menerima durian runtuh apabila kerajaan difahamkan sedia menyemak tangga gaji mereka bagi membolehkan pendapatan melebihi RM40,000 setahun.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman, berkata berdasarkan Model Baru Ekonomi (MEB), kerajaan menetapkan pendapatan rakyat di negara perlu melepasi AS$15,000 (RM48,000) dan sebagai permulaan semakan gaji kakitangan dilakukan. Katanya, semakan ini membabitkan cadangan penghapusan kelayakan akademik Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Rendah Pelajaran (SRP) berikutan ia dinaikkan kepada sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). “Ini bermakna kakitangan Kumpulan Sokongan Satu dan Dua seperti pemandu, pembantu tadbir rendah, tukang masak, atendan haiwan, penolong jururawat akan menikmati kenaikan gaji sekali ganda atau sekurang-kurangnya RM1,500.

“Mereka yang mahu menyertai perkhidmatan awam selepas ini perlu memastikan memiliki kelayakan sekurang-kurangnya SPM seperti diperkenalkan polis baru-baru ini melalui skim pengstrukturan mereka,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

* Warhhh...aku mmg suka sgt, sebabnya la ni belanja teruk giler..semua barang mahal...asyik naik harga...yg turunnye hanya air hujan dgn air mata je...

smrp95: navi

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru....Cikgu!

Selamat Hari Guru....Cikgu! itulah ungkapan yang mampu aku zahirkan pada setiap guru-guru yang tanpa jemu telah bersusah payah, sabar dengan karenah anak murid yg pelbagai ragam....termasuklah aku...
Pengorbanan setiap guru dengan ikhlas mendidik anak bangsa menjadi seorang manusia berguna...terlalu mulia hati seorang guru itu...Semalam, 16 Mei 2010 adalah Sambutan Hari Guru peringat kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaysia Pahang (tempat aku keje tu) dengan meriah sekali...Lantas ingatan tu berbalik ke suatu masa di zaman persekolahan, di mana hari guru disambut dengan meriahnya oleh para pelajar dan para ibu bapa...yang tanpa berselindung meluahkan rasa terhutang budi dan tidak ternilai ucapan terima kasih diluahkan untuk menyanjung setiap pengorbanan para guru...Suasana yang penuh dengan emosi berbaur rasa gembira....

SELAMAT HARI GURU....CIKGU!

Jasamu Tetap Akan Ku Kenang!

Tuesday, May 11, 2010

Sejarah dan asal-usul Hari Ibu

JANGAN SAMBUT HARI IBU

Hari ibu yang disambut pada setiap tahun telah diterima oleh semua penduduk dunia, tidak terkecuali negara-negara Islam sepertii Malaysia. Seperti "Hari Bapa" dan "Valentine", umat Islam, tanpa usul periksa menerima bulat-bulat apa yang diperkenal dan dianjurkan oleh dunia Barat. Maka berbagai ucapan dan ungkapan diluahkan kepada siibu yang kadang-kadang si anak hanya berkesempatan bertemu dengannya dua atau tiga kali setahun.

ASAL USUL HARI IBU

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Justeru, apakah justifikasi orang-orang Islam merayakan hari tersebut ?

Renung dan fikir-fikirkanlah....

Bersama-samalah kita kaji kesahihannya....

- Navi -

Wednesday, May 5, 2010

'MAYAT' Cukup Bermakna Buatku...


Semuanya tinggal foto...tinggal nama....tinggal rasa...tinggal kenangan...inilah krew Teater Paku Payung, UNISEL suatu ketika dulu yg bekerja keras untuk menjayakan pementasan 'Teater MAYAT' karya Dr. Hatta Hazad Khan di Festival Teater Selangor pada Tahun 2004. Pementasan tersebut telah diarahkan oleh seorg yg cukup berpengalaman, kami gelar beliau ' SIFU EJAD'. Alhamdulillah, pementasan yang mendapat tepukan gemuruh itu telah meninggalkan sejuta rasa puas di hati kami sebagai pembawa teater alaf baru...dan akulah yg paling berpuashati kerana tugasan yg diberikan sebagai pendokong cerita telah aku sempurnakan dengan jayanya....

Meskipun MAYAT tidak menang tetapi sekurang-kurangnya kami telah berjaya membuatkan para penonton hilai ketawa dan enjoy...itulah yg membuatkan kami lebih puashati kerana tugas kami adalh untuk menghiburkan para penonton dan itu pesan SIFU.

Terima kasih kepada kawan-kawan krew yg tanpa jemu memberikan komitmen untuk menjayakan pementasan tersebut...dan jika diizinkan Allah teringin rasanya aku kembali bekerjasama dgn kalian untuk mengegarkan pentas sebagai anak teater alaf baru..

-smrp - navi