Wednesday, December 31, 2008

Usik Kenangan

Selamat Hari Lahir buat baby Zawawie Sulaiman. Nampaknya dah satu tahun bergelar ayah. Tahniah la!! Kali ni aku ada buka album lama dan menatap beberapa keping gambar kawan-kawan lama termasuk kawan-kawan SMRP. Tapi tak banyakla sebab masa tu tak ada kamera sendiri. Kos nak proses filem pun agak mahal. So, paham2 je la... ok la layan..... mungkin korang kenal



Aku n Yusof (Lubok Stol)


Aku n Azri (sekarang masih berniaga)



Zulkifli Ghani


dan.... ini dia jeng..jeng...jeng....Muhairi, aku n member2 lama dari Politeknik
hahaha! Flatnya perut Muhairi. Agak-agaknya sekarang boleh lagi ke bergambar buka baju?

smrp, azman

Monday, December 29, 2008

SABTU & AHAD LEPAS XTVT AKU

Man & Wawie
Biasalah.. hiburan aku tak lain tak bukan Kapal Terbang lah.. ini Sabtu dan Ahad lepas sabtu sewaktulayan float plane di Empangan Batu dgn rakan-rakan. Ahad pulak fly glider di Kampung Batu Muda Tambahan. pagi petang siang malam FLY...






Thursday, December 25, 2008

FILEM KELAKAR GILER

Aku masih kat utara. semalam keluar pusing2 seberang perai, p.pinang. Hajat nak cari kamera baru. Kamera aku yang ada dah rosak. Rasa tak senang duduk sebab takda kamera. Aku pun pusinglah beberapa shopping Mall. Tapi akhirnya aku tak jadi lagi beli sebab kamera sony semuanya harga sama ngan tempat lain seluruh Malaysia. Jadi, aku hajat nak tengok kat Low Yat dulu. Kot2 ada yang harganya murah skit. Munkin Muhairi lebih tahu tempat yang harga kamera sony lebih murah? Pusing punya pusing aku, abg aku nizam n adik bongsu terasa nak tengok wayang. So, kita orang pun pergila chek film yang ditayangkan. Abg aku n adik nak tengok cicakman 2 tapi aku teringin tengok filem BRAINSCAN, filem komedi melayu. Aku tertarik sebab Nik Sayyidah n Zul Yahya yang blakon filem tu. Wlp diaorg taknak tengok, aku tetap mempertahankan nak tengok citer tu. Lastly aku menang dgn syarat aku kena belanja. Memang tak kecewa la sebab cerita tu dari awal sampai akhir kelakar giler. Satu panggung riuh ngan gelak ketawa. Abg aku yang pada mula taknak tengok, dia yang lebih2 gelak mengalahkan aku. Mmg tabik la dgn lakonan Nik Sayyidah (Mek dlm salam pantai timur) dan Zul Yahya. Tambahan pula loghat kelantan yang menimbulkan kelucuan. Klu sebelum ni asal filem komedi je misti loghat utara, kali ni loghat kelantan pula digunakan. Jadi, Muhairi n kenkawan yang lain, sesuaila bawa anak-anak tonton filem ni. Misti tak menyesal.... saja je promote, bukan dapat komisen pon. hehehe.

aku kat depan bangunan Majlis Perbandaran Seberang Perai, tempat kerja nizam



Monday, December 15, 2008

HARI RAYA KORBAN 2008







Foto-foto berikut semasa di tempat penyembelihan lembu korban di Kampung Gual Tinggi, Rantau Panjang. Yang paling menariknya waktu korban tersebut saya telah berjumpa dgn rakan lama waktu sekolah rendah dulu-dulu namanya Syed Karimi. Foto-foto ini pun sumbangan dari beliau.. terima kasih atas foto-foto anda ni Syed Karimi... beliau menjalankan bisness photography.. kalau ada kawan-kawan yg berminat nak mendapatkan perkhidmatan beliau untuk kenduri kahwin dan sebagainya.. anda bolehlah lawati website beliau di

Sunday, December 14, 2008

LAYAN FLOAT PLANE DI KAMPUNG




Sewaktu balik kampung sempena cuti Hari Raya Aidiladha.. minggu lepas sempat gak lah fly float plane dekat Empangan Bukit Kwong atau lebih dikenali 'Padang Bukit' oleh orang-orang kampung. Tunggu gak kot-kot banjir.. tapi tak jadi naik...seminggu sebelum balik kampung ada lah banjir.. tapi awas banjir baru sekali jer tu biasanya di Rantau Panjang 2-3 kali.. banjir melanda..kalau tidak tak sah..


Friday, November 28, 2008

MASIH SEPERTI DULU

Inilah gambar baru yang aku katakan, rasanya korang kenal dia kan? Lebih-lebih lagi Muhairi...

Tuesday, November 18, 2008

BEKAS PELAJAR SMRP


MAJOR (BERSARA HJ MUHAMED GHAZALI BIN TAIB
PJK, CFP, ACIS, MBA , IFP Cert mmihrm , psc
PENGERUSI KRT TAMAN MAKMUR/ CENDANA
Mejar (Bersara) Hj Muhamed Ghazali bin Taib dilahirkan pada 17 Jun 1953 di Rantau Panjang, Kelantan.
Mendapat pendidikan awal di SRK Rantau Panjang, Kelantan dan Sekolah Menengah Rendah Rantau Panjang sebelum melanjutkan pelajaran di Sultan Ibrahim Secondary School di Pasir Mas, Kelantan.
Mengikuti latihan pegawai kadet di Pusat Latihan Awal Pegawai Kadet di Sabatang Karah, Port Dickson pada Jun 1971 dan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda Udara (Pilot Officer) dalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) selepas tamat latihan pegawai kadet di Maktab Tentera Diraja Sungai Besi pada April 1972.
Memegang beberapa jawatan semasa berkhidmat dalam TUDM seperti:
Ejutan Pangkalan di TUDM Kuantan.
Pegawai Staf 3 Pertahan Udara di Markas Udara.
Pegawai Staf 3 Khidmat Sokongan di Markas Udara.
Pegawai Staf 2 Latihan di Departmen Tentera Udara di Kementerian Pertahanan.
Pegawai Staf 2 Sekretariat E di Departmen Tentera Udara di Kementerian Pertahanan.
Ketua Latihan Pegawai/ Juruarah di Sekolah Latihan Ketenteraan Am di Insitutu Teknologi Udara di TUDM Kinrara.
Pegawai Staf 2 Tadbir A di Departmen Tentera Udara di Kementerian Pertahanan.
Beliau mengikuti beberapa program pendidikan semasa berada dalam TUDM. Beliau berkelayakan sebagai Setiausaha Berkanun (Chartered Secretary) pada tahun 1984 selepas lulus pengajian selama 4 tahun program Institute of Chartered Scretaries & Administrators (ICSA), London di Insitut Teknologi MARA, Shah Alam dari tahun 1981 hingga 1984. Beliau juga memperolehi ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dalam tahun 1988 setelah mengikuti pengajian luar kampus di Universiti Pertanian Malaysia, Serdang. Pada tahun 1989, beliau memperolehi Diploma Pengajian Strategik setelah lulus pengajian setahun di Maktab Turus Angkatan Tentera.
Beliau memohon bersara awal selepas berkhidmat selama 20 tahun dan diluluskan permohonan beliau oleh Majlis Angkatan Tentera berkuatkuasa Ogos 1991.
Selepas bersara dalam perkhidmatan TUDM, beliau bekerja di sektor swasta dalam bidang pengurusan sumber manusia, pada mulanya di AIROD Sdn Bhd sebagai Pengurus Sumber Manusia mulai Ogos 1991. Seterusnya pada Ogos 1993 beliau berkhidmat dalam jawatan yang sama di sebuah syarikat minyak dan gas Itali, iaitu Saipem (Malaysia) Sdn Bhd sebelum mendapat tawaran bekerja sebagai Pengurus Kanan Sumber Manusia & Pentadbiran di Kelantan Water (Malaysia) Sdn Bhd dan selepas itu Air Kelantan Sdn Bhd mulai Mei 1996. Beliau bersara awal pada Mei 2005 untuk menguruskan perniagaan sendiri.
Belia amat meminati bidang pengurusan kewangan peribadi dan memperolehi kelayakan Certified Financial Planner (CFP), anugerah Financial Planners Board Inc USA, menjadikan beliau salah seorang perintis CFP di negara ini. Beliau juga memperolehi sijil Perancangan Kewangan yang dianugerahkan oleh Malaysian Insurance Institute (MII). Beliau juga telah memperolehi sijil Perancangan Kewangan Islam (Islamic Financial Planning) yang dianugerahkan oleh Financial Planning Association of Malaysia.
Dari segi peribadi, beliau telah berkahwin dengan Hajah Kamariah Yusoff pada tahun 1974 dan dikurniakan Illahi dengan 6 orang anak iaitu:
Rozalina (1976).
Nazatul Shima (1978).
Muhamed Zoolhilmi (1979).
Noor Shakirah (1980).
Nor Nadia Syahinaz (1987).
Siti Nor Hajar (1990).
Dalam bidang sukan, beliau adalah pelari jarak dekat (100, 200 dan 400 meter) sekolah dan jajahan dan atlit lompat kijang di peringkat sekolah, jajahan dan negeri dan TUDM serta bermain bolasepak, ragbi, bolatampar di peringkat sekolah dan jajahan. Pencapaian terbaik adalah pemegang rekod lompat kijang Sultan Ibrahim Secondary School di Pasir Mas, Kelantan (1970) sehingga kini.
Beliau dikurniakan dengan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) oleh DYMM Sultan Pahang pada tahun 1978 serta Pingat Perkhidmatan Am (PPA) pada tahun 1976.
Di peringkat aktiviti NGO, beliau terlibat secara aktif dalam PIBG sejak tahun 1996 dan kini memegang jawatan Ketua Biro Kewangan & Kebajikan PING SMK Zainab 1. Pernah memegang jawatan Timbalan Pengerusi Koperasi Air Kelantan Berhad, AJK Persatuan Bekas Angkatan Tentera di peringkat negeri Kelantan dan cawangan-cawangan Kubang Kerian dan Rantau Panjang. Sebelum tertubuhnya Rukun Tetangga di Taman Makmur/ Cendana, beliau menerajui Jawatankuasa Keselamatan Taman Makmur sejak tahun 2002.
Kini beliau menjalankan urusan Pesuruhjaya Sumpah (Commissioner for Oaths) di F-10 Jalan Bayam, 15200 Kota Bharu, Kelantan. Beliau boleh dihubungi di talian 019 9844810 dan e-mel mmgt@streamyx.com.

INGIN KE GOLOK


Sila ikut kiri hehehe...

MASJID BEIJING DI RANTAU PANJANG






Dari jauh ia kelihatan bagaikan sebuah bangunan kuil atau istana lama di China jika pandangan tidak turut tersilau kepada menara yang tegak dengan kubah seakan-akan kopiah berlilit serban di pinggirnya.Bangunan berbumbung hijau dan diselari dengan warna merah itu mencuri perhatian umum mereka yang menghala ke pekan Rantau Panjang atau yang baru memasuki negara ini melalui pintu sempadan.Sememangnya juga keunikan wajah asing dalam suasana budaya setempat menimbulkan sekilas polemik dalam kalangan pelbagai pihak termasuk para ilmuwan, budayawan dan juga sebilangan mereka yang kritis dalam kesempurnaan seni bina.Masjid yang pembinaannya dicetuskan oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sejak 1992, dianggarkan menelan kos RM9 juta kini hampir siap dan telah mula dibuka pada bulan Ramadan dengan seorang imam dari China diundang untuk mengimam solat tarawih.Ia diberi gambaran awal sebagai masjid tiga budaya di mana selain budaya Cina sebagai terasnya, ia turut diselitkan sedikit dengan calitan budaya India dan Melayu di pinggirannya dengan lorekan simen di beranda di samping lakaran geometrik Asia Tengah di dalamannya.Difahamkan masjid yang turut digelar Masjid Beijing dan terletak di tapak seluas 1.48 hektar, merujuk kepada reka bentuknya seperti kuil China pada zaman Dinasti Ming yang turut kedapatan di kuil di Kuala Lumpur.Ia mampu memuat lebih 300 jemaah dalam satu masa di samping terdapat dewan pelbagai guna di bahagian bawahnya serta dikelilingi beberapa ruang yang difahamkan akan dijadikan pejabat, klinik, perpustakaan dan tadika.Ada yang berpendapat, reka bentuk masjid ini suatu kecelaruan seni bina yang menyimpang dari segi tradisi, sejarah dan estetika dalam suatu zaman, budaya serta nilai kehidupan masyarakatnya.Ia seakan-akan dilihat meminggirkan akar umbi tradisi Melayu yang berkait rapat dengan Islam.Dari sudut sejarah dan tradisinya, masjid adalah jantung masyarakat yang mencerminkan gaya seni bina dan kehidupan setempat pada zamannya, sekali gus menggambarkan pemilikan oleh masyarakat sekitar.Seperti Masjidil Aqsa di Palestin yang menyerupai bangunan keagamaan Byzantium yang terdapat di negara itu dalam nisbah yang hebat dan besar pada zamannya.Begitu juga Masjid Biru di Istanbul, Turki adalah berdasarkan seni bina kristian yang memerintah sebelum itu dan dalam konteks negara, masjid lama di Melaka bercirikan seni bina masyarakat Cina di situ pada zaman awal.Pada masa yang sama juga ia mengambil kira kesesuaian kejuruteraan setempat berteraskan budaya, iklim serta persekitaran di tengah-tengah masyarakat Islam Melayu tradisional. Justeru kewujudan masjid Rantau Panjang ini kelihatan janggal dan aneh.‘‘Kalaulah masjid itu berada di penempatan masyarakat Cina, sesuai untuk kita raikan mereka dengan cara itu. Ia sebagai agak pelagic misalnya ada batu besar di tengah hamparan pasir di laut,” ujar seorang ahli akademik.Ada yang berpendapat masjid seumpama itu dan sebilangan lagi yang telah dibangunkan di beberapa negeri seolah- olah mengimport seni binanya dari hikayat Seribu Satu Malam, terasing dari seni bina setempat dan terasing dari segi persekitaran.Beliau menelah, ia mungkin dilihat sebagai salah satu projek untuk mencerminkan keterbukaan sikap kerajaan negeri terhadap bukan Islam dan juga bukan Melayu selain menjadi daya tarikan dari sudut pelancongan.Menjawab persoalan dan kebimbangan itu bagi pihak kerajaan negeri, Setiausaha Politik Menteri Besar, Anual Bakhri Haron berkata, ia bagi memancarkan lagi bahawa Islam itu agama antarabangsa, justeru ia harus terasa dipunyai oleh seluruh komuniti tanpa mengira perbezaan bahasa, budaya dan keturunan.Kerajaan negeri yakin bahawa dengan menampilkan suatu reka bentuk tri-culture dari tiga kelompok kaum yang paling dominan di Malaysia, ia akan lebih menghampirkan imej islam itu diyakini sebagai agama universal.‘‘Memang mudah untuk mengulangi sebuah reka bentuk masjid Melayu yang sepenuhnya seperti masjid klasik Kampung Laut atau masjid berkubah ala Cordova tetapi tidakkah ini sesuatu lagi perulangan?‘‘Ia tentunya sekadar ‘sebuah lagi masjid’. Dalam konteks pemikiran kreatis dan kritis, kerajaan negeri percaya bahawa pembaharuan dalam citra sangat-sangat dijajarkan.Paradigma‘‘Malah jika diikutkan kaedah pemikiran terkini, stereotyping adalah sudah yang mudah bahkan dikira sedikit ketinggalan. Dalam, hubungan ini kami lalu mencuba untuk menganjak paradigma.‘‘Sekurang-kurangnya untuk kali ini, kami tidak mahu obses dengan tradisi sejarah dan estetika. Kami mahu bias kepada fungsi dan peranan,” ujarnya.Selain aspek ketakwaan semasa mula membinanya, masjid harus mampu untuk membuat jangkauan atau capaian terhadap khalayak meliputi penduduk Islam dan bukan Islam.Malah katanya, apa yang diperhatikan setakat ini masjid di seluruh negara, pada umumnya masih lemah dalam memainkan peranan ini.‘‘Mungkin masjid kita terlalu representatif dan menjurus kepada orang Melayu. Apakah keterlaluan jika kami proaktif membuat percubaan melahirkan satu masjid berwajah majmuk.‘‘Insya Allah, ia akan membuka gelanggang dakwah yang lebih luas dan diharap masjid ini menjadi mesra masyarakat,” ujarnya.Pendekatan seni bina yang pelbagai wajah hasil kesatuan tiga nilai, tiga reka bentuk, tiga budaya dan cabang seni ini tentunya menarik dan unik untuk didekati.Beliau yakin, aktiviti ceramah dan tazkirah akan lebih mudah mengundang bukan Islam kerana faktor menipisnya alergi, prejudis dan rasa segan.‘‘Ini adalah proses kemasyarakatan dan kita akan membina proses ini dan menyemai benih perpaduan yang akan lebih mengukuhkan integrasi nasional.‘‘Kebudayaan memang manifestasi keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, kelakuan dan fikiran berupa kebendaan dan kerohanian sesuatu masyarakat dan seni bina pula adalah salah satu pencapaian manusia yang mencerminkan budaya sezaman.‘‘Tetapi apalah salahnya sekali sekali kita cuba lari dari definasi klasik.Bahkan melalui seni bina yang dicuba di masjid Rantau Panjang ini adalah untuk membuktikan sebuah kemajuan pemikiran, ilmu, kebudayaan dan teknologi.Ia dikatakan dapat menggambarkan ketamadunan sesuatu masyarakat yang dinamik dan bersepadu atau sememangnya ia cerminan budaya masyarakat kita zaman ini yang penuh dengan kecelaruan.
Foto dan artikel di atas dipetik dari http://myadha.blogspot.com/2008/10/masjid-beijing-di-rantau-panjang.html

lagi info & foto boleh dirujuk di sini

BANJIR 2007


Stesen Minyak Petronas Rantau Panjang


Ini tak pasti belah mana


Chabang Banggol Kulim

Ini yang Banjir tahun 2005


Jalan Sekolah Cina

Depan Rumah


Memandangkan tiada info nak dikongsi minggu ni, terlintas pasal banjir laa pulak apa tidaknya di dah bulan November kalau masa budak-budak dulu bulan November ni mmg menunggu air sungai golok melimpah lah.. seronok masa budak-budak dulu kalau banjir dari pagi sampai petang lah tak ingat umah.. ingat pun kalau perut terasa lapar, barulah rasa nak balik kejap lepas tuu turun balik kedalam air.. hehe.. tapi semua nya dah berlalu... last sekali balik semata-mata nak main air banjir ni kalau tak silap thn 2005 dulu... itupun ingat-ingat dalam lah air bila sampai pagi di Rantau Panjang tuu, sampai-sampai depan rumah hahahah setakat pinggang jer.. bertolak dr KL kul 12 tghmalam.. sampai kul 6.30 pagi..di Rantau Panjang...itupun balik dgn anak2 saudara yg mana waktu datang ke KL cuti sekolah...tengah2 malam kejut mereka bangun nak bertolak..balik. anak, isteri mmg tak ikut...hehe.Tahun 2008 ni macam mana pula, harap-harap tak sebesar tahun 2007...

foto-foto di atas dipetik dari http://hsyura.fotopages.com/?entry=1375589


Friday, November 14, 2008

INFO SMRP

Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Panjang (SMK Rantau Panjang), Pekan Rantau Panjang, 17200 Rantau Panjang
Tel: 097950450, Fax: 097951819
Enrolment:
-Jan 2007: 1762 students (842 boys, 920 girls)
-2008: 1783 students (820 boys, 963 girls), 108 teachers - (staff-student ratio: 16.5)
-Jun 2008: 1852 students (812 boys, 1040 girls), 112 teachers - (staff-student ratio: 16.5)
School code: DEE3244
won the open category of the Kelantan Schools Sports Council's football tournament in 2002

Dipetik dari http://jadn.co.uk/w/SecondarySchoolsInKelantan.htm#PasirMas

CAHAYA MATA


Ini Puteri ku yang bongsu lah kiranya setakat ni, namanya Alya Nafisa. Nama 'Nafisa' diberikan sempena nama arwah mak aku Nafisah @ Hasmah Binti Ismail telah kembali ke Rahmatullah pada 09/04/03. Memang cukup manja dengan aku, maklum aje lah.. yer anak bapak.. hehe.. ini pun dah tak sabar2 nak sekolah ni.. tahun depan masuk 5 tahun...usianya..


Haaa yang ni pulak Putera ku yang sulong lah. namanya Muhammad Aiman, tahun depan darjah 4 lah.. nakal dia macam bapak dia gak.. hujung bulan ni dia nak sunat beramai-ramai dengan kawan dia.. pada mulanya ingatkan nak sunat dia di Rantau Panjang masa balik raya nanti... tapi dia dah offer diri awal lagi nak buat dkt KL ni...


Alya punya harijadi pada 19hb Ogos, 2007


Sewaktu anak-anak buah mandi manda di Sungai Chongkak, Hulu Langat, Selangor


Sewaktu di pagi Syawal 2008 anak & anak buah nak beraya dengan Atuknya,Mak Sedara & bapa sedara dia orang.. duit duit duit raya..
....erie

SALAM SMRP


kepada member lama Zawawi, kawe mintak maaf bebanyak. takdak niat pun nak merungkai kenangan lama demo n cgu Yaacob. Sbnarnya maksud kawe bila tengok anak murid kawe kluar baju kawe jadi teringat ke demo. Bukan niat kawe nak katakan demo ni ikon negatif. Tapi dalam hidup ni sesetengah perkara tak kira yang negatif atau positif kekadang mengaitkan kita dengan nostalgia lama. Munkin tak banyak perkara yang kita lalui bersama n sedia maklum kita kurang rapat dulu, jadi tak banyak yang boleh kawe citer selain pasal baju tu. Bagi kawe, kawe tak pernah anggap budak2 yang kluarkan baju tu sebagai jahat. Diaorang tetap anak2 didik kawe. Gitu jugak demo, walau demo slalu kluarkan baju, itu tak bererti demo jahat n demo tetap sahabat kawe dunia akhirat. Janganla anggap kawe ni perfectionist. Muhairi lebih tau siapa sebenarnya kawe. Di Politeknik, kami sama2 jadi makhluk jahat yang tak pernah suka patuh peraturan. Pernah Tuhan hukum kami terbalik motor masuk longkang. Sorry erie pecah lobang la pulak. Ok wawie jangan merajuk ye. Demo tetap makhluk aneh pada kawe sb demo UNIK...SEmpoi.Itu yang membezakan demo ngan orang lain. Pernah jugak kawe kagum bila demo sebut satu persatu nama pelakon film Batman ketika tu. Dan demo ada lukis muka azri n peja di papan hitam. Bagus bangeeet.. Demo tetap berbakat...........Man_neg9

Thursday, November 13, 2008

KERIS LAKSAMANA BENTAN



Pernah sekali tu aku jumpa Shafie (Pe’in) kat hotel tempat aku kerja, masa tu pagi aku baru masuk kerja, aku jumpa dia masa nak masuk lif, dia nak gi tingkat 3M untuk sarapan sebelum memulakan seminar DBKL kat tingkat 5. Lepas tu aku tunggu sampai seminarnya habis untuk jumpa dia, kami sempat berbual lebih kurang setengah jam kot. Biasa bila ada kawan-kawan lama jumpa aku pasti mereka akan memulakan perbualan dengan mengatakan badan aku semakin gemuk, aku pun dah lali… rasanya sejak lima enam tahun dulu pun ayat tu jugak akan jadi pembuka kata bila jumpa kawan lama mahupun saudara yang lama tak jumpa. Fuhhh dah dekat 6 tahun aku dengar ayat tu… Okaylah berbalik pada Pe’in lak, masa aku jumpa dia dan kami berbual dengan dia, dalam hati aku berkata yang mamat ni masih sama macam zaman sekolah dulu, penampilan dia, gaya bercakap dia dan yang paling bestnya lawak dia tetap sama… tu yang seronok bila jumpa dia. Aku pernah jumpa kawan lama macam Fadhil, Zamizam & Roslimin tapi bila bersama mereka aku tak dapat sesuaikan diri lagi, rasa macam tak serasi padahal zaman sekolah dulu kami boleh jadi duduk semeja berjam-jam lamanya. Sekarang kalau jumpa pun aku dah jadi serba salah, Nik Azmi pun sama dulu pernah kami berkawan baik tapi lepas sekolah bila jumpa kami sekadar bertegur sapa dan blah je… Tapi Pe’in ni lain…. Kami masih boleh berbual dan melayan lawak masing-masing macam dulu gak. Masa tengah borak hari tu tiba-tiba awek dia call, aku pun biar dia layan panggilan awek dia jap, lepas tu dia bagitau aku, awek dia call nak cakap pasal hal kahwin. Aku pun tanya bila nak kahwin tu… dia kata tahun depan tapi dia jelaskan bahawa dia selalu jawab macam tu bila orang tanya sebenarnya dia kata dia belum tetapkan tarikhnya lagi. Aku kata yang Muhairi cakap kau nak kahwin dah dekat ni, mungkin raya ni… dia kata, raya ni mungkin dia tunang je dulu.


Bila aku terbaca chat korang pasal ckigu-cikgu dulu, aku pun nak berkongsi sikit pengalaman aku dengan guru dulu. Tapi cerita aku ni negatif dan mungkin korang tak setuju terutamanya Azman sebab dia pun dah masuk golongan guru. Ini pengalaman aku dengan Cikgu Yaakob tu... dalam banyak-banyak guru cuma dia yang aku rasa tak puas hati sampai sekarang. Memang aku akui aku ni bersifat pendendam, itu sikap negatif dalam diri aku yang menjadi kelemahan aku gak. Masa sekolah dulu, aku dapat akui kesalahan utama dan kesalahan terbesar aku ialah tak suka masuk baju dalam seluar, aku selalu lepaskan keluar je. Aku memang rimas sampai untuk kelihatan kemas sebab aku sentiasa rasa rendah diri kerana merasakan aku tidak setaraf dengan pelajar lain. Pada masa tu mungkin ianya antara sifat memberontak aku pada keadaan sekeliling. Aku sentiasa tidak puas hati kerana ayahku sentiasa beli pakaian sekolah yang murah kepada aku, malah duit sekolah aku hingga tingkatan 4 hanya 50 sen sehari.... Aku nak gi kantin pun malu. Jadi bermula dari kes itu aku selalu kena dengan Cikgu Yaakob. Tak habis-habis sampai bila nampak dia dari jauh aku akan mengubah haluan berjalan tapa dia sentiasa dia memintas aku dan akhirnya aku kantoi. Lama-lama kelamaan aku jadi bengang dan tak puas hati dengan dia. Pada aku budak-budak nakal pada masa tu seperti Wan Mohd Zaki & geng dia lebih banyak melanggar undang-undang sekolah tapi mereka jarang kena. Aku dapat rasakan Cikgu Yaakob ni anti dengan aku. Dan pada satu masa tu, dia memanggil aku ke pejabatnya dan menawarkan aku jadi pengawas, aku menolaknya sebab aku memang rimas dengan 'attention" sebegini. Balik ke kelas budak-budak lain tanya aku kenapa Cikgu Yaakob panggil aku, aku cakap dia suruh aku jadi pengawas tapi aku tak nak, pada masa tu aku masih ingat bila Julaini perli aku mengatakan aku tipu cakap tak nak tapi dalam hati mesti nak sangat tu. Ayat tu betul-betul menusuk hati aku, betapa sensitifnya aku, bengang betul aku bila orang menuduh aku perkara yang aku tidak hingga buat sekian lama aku berdendam dengan Julaini.Begitu juga dengan cikgu Yaakob semakin mendalam dendam aku pada dia.
Kemuncak kebencian aku ialah pada suatu hari aku pergi ke tandas dan bila mahu masuk ke kelas aku nampak Cikgu Yaakob ada dalam kelas jadi aku tak jadi masuk, lalu aku pergi ke belakang blok, budak-budak lain nampak aku masa tu, mungkin ada yang beritahu Cikgu Yaakob sebab dia juga memandang ke arah aku tapi aku tak peduli. Bila dia blah baru aku masuk ke kelas. Kemudian ada kawan-kawan beitahu aku, Cikgu Yaakob kata akulah ketua geng ponteng pada hari tu yang secara tak langsung Wan Mohd Zaki dan geng dia memang ponteng sekolah pada hari tu, mereka lepak kat asrama. Aku betul-betul sakit hati sebab aku takde kena mengena dengan geng Wan Mohd Zaki ponteng sekolah malah aku tidak tinggal kat asrama pun. Kemudian aku di panggil lagi ke pejabat dia danperkara itulah yang dituduhnya aku, aku menyangkal sekeras-kerasnya hingga ke tahap melawan dan aku lihat air mukadia berubah, jelas terlihat dia sedang mangawal kemarahan, dia cabar untuk jumpa mak ayah aku. Lepas balik sekolah pada hari tu aku terus ceritakan pada mak aku tentang perkara ini. Sehingga kini memang sukar untuk aku melupakan perkara itu dan dendam ini amat sukar untuk dikikis. Tapi aku bersyukur kerana kini aku tidak perlu memasukkan baju ke dalam seluar atau berpakaian kemas dalam kerjaya aku. Aku tidak perlu berpakaian kemas yang merimaskan aku sejak zaman sekolah dulu. Di sini aku bebas pakai jeans yang besar, t-shirt dan kasut sport. Aku puas !!!!!!!!!!!!!!!

Wan Mohd Zaki & The Gang

Wednesday, November 12, 2008

4 MELUR SRRP TAHUN 1988


Zawawie yang berdiri di belakang sekali 3 dari kanan hahaha (kantoi)

SMRP COORDINATES: 6°0'53"N 101°58'25"E


PENGANTIN POPULAR 2008

Ummi & Pasangan

SENARAI RAKAN-RAKAN YANG TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH

Moga-moga roh mereka di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman, amin,

Al Fatihah ....

01-Zamzuri Bin Zakaria
02-Halimi Mohamad (rakan SRRP)

TERMENUNG JAUH


Bila laa aku dapat tukar nih

CIKGU WAN HASSAN


Tak pasti Cikgu Wan Hassan mengajar di Sekolah mana sekarang ?

TANGAN AKU LUKA


Di rawat oleh Siti Aishah dah rakan-rakan

KURSUS MOTIVASI BERSAMA HAAK-USM


Hari terakhir bergambar bersama kumpulan masing-masing

JAMIL SEWAKTU DI LANGKAWI


Masih ingat lagi ker rakan-rakan saudara Jamil Bin Hamzah

CIKGU AZMAN DISAMPING GADIS-GADIS SABAH


Cikgu Azman, kenapa tak bawak balik ke Negeri 9 sorang dari yang ramai-ramai tu.

POKOK PUN JADI LAH


Lokasi ni tau jauh dari kantin sekolah, tapi rasa-rasa pokok ni pun dah tiada dah, dkt situ ada surau lama pun dah tiada juga.