Tuesday, January 12, 2010

Pemandu rakam gambar gajah melintas


JELI: Seorang pemuda sempat merakam aksi seekor gajah melangkah penghadang jalan di Kilometer 27 Lebuh Raya Timur Barat berhampiran sempadan Kelantan-Perak, kira-kira jam 6.30 petang kelmarin.

Mat Mazarin Ramlee, 27, yang bekerja sendiri berkata ketika itu beliau dalam perjalanan pulang ke Sungai Petani, Kedah selepas menziarahi saudaranya di Pasir Puteh, Kelantan.

Katanya, disebabkan terkejut selepas terserempak dengan kehadiran hidupan liar itu, beliau mengambil keputusan berpatah balik ke Jeli, dan meneruskan perjalanan ke Sungai Petani pagi semalam.

"Saya tidak mahu mengambil risiko meneruskan perjalanan kerana bimbang kemungkinan ada kumpulan gajah lain di hadapan sepanjang jalan raya berkenaan.

"Saya diberitahu penduduk Jeli yang ditemui, kumpulan gajah liar itu sering melintasi kawasan itu untuk mencari makanan di hutan bersebelahan, terutama pada waktu senja dan malam, malah kadang kala memasuki serta memusnahkan tanaman penduduk kebelakangan ini," katanya.

Mat Mazarin berkata, pengalaman melihat sendiri haiwan liar itu berada di depannya menjadi kenangan sepanjang hayatnya kerana tidak ramai yang berpeluang menempuh pengalaman berkenaan.

Dipetik dari www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Nasional/20100112011737/Article/index_html

saya sendiri pernah berdepan dengan situasi macam ni. dalam tahun 1999 kalau tak silap, waktu tu selalu juga balik ke Rantau Panjang melalui Gerik. memang terkejut 4-5 ekor sekali gajah nak melintas memandangkan dah terlepas depan dia teruskan jer perjalanan ke Kuala Lumpur... kalau setakat najis dia mmg selalu nampak kalau lalu GERIK/JELI. tapi semenjak tol naik2 tak lalu dah sana. last sekali mungkin 2003

erie..

No comments: