Tuesday, November 18, 2008

BEKAS PELAJAR SMRP


MAJOR (BERSARA HJ MUHAMED GHAZALI BIN TAIB
PJK, CFP, ACIS, MBA , IFP Cert mmihrm , psc
PENGERUSI KRT TAMAN MAKMUR/ CENDANA
Mejar (Bersara) Hj Muhamed Ghazali bin Taib dilahirkan pada 17 Jun 1953 di Rantau Panjang, Kelantan.
Mendapat pendidikan awal di SRK Rantau Panjang, Kelantan dan Sekolah Menengah Rendah Rantau Panjang sebelum melanjutkan pelajaran di Sultan Ibrahim Secondary School di Pasir Mas, Kelantan.
Mengikuti latihan pegawai kadet di Pusat Latihan Awal Pegawai Kadet di Sabatang Karah, Port Dickson pada Jun 1971 dan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda Udara (Pilot Officer) dalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) selepas tamat latihan pegawai kadet di Maktab Tentera Diraja Sungai Besi pada April 1972.
Memegang beberapa jawatan semasa berkhidmat dalam TUDM seperti:
Ejutan Pangkalan di TUDM Kuantan.
Pegawai Staf 3 Pertahan Udara di Markas Udara.
Pegawai Staf 3 Khidmat Sokongan di Markas Udara.
Pegawai Staf 2 Latihan di Departmen Tentera Udara di Kementerian Pertahanan.
Pegawai Staf 2 Sekretariat E di Departmen Tentera Udara di Kementerian Pertahanan.
Ketua Latihan Pegawai/ Juruarah di Sekolah Latihan Ketenteraan Am di Insitutu Teknologi Udara di TUDM Kinrara.
Pegawai Staf 2 Tadbir A di Departmen Tentera Udara di Kementerian Pertahanan.
Beliau mengikuti beberapa program pendidikan semasa berada dalam TUDM. Beliau berkelayakan sebagai Setiausaha Berkanun (Chartered Secretary) pada tahun 1984 selepas lulus pengajian selama 4 tahun program Institute of Chartered Scretaries & Administrators (ICSA), London di Insitut Teknologi MARA, Shah Alam dari tahun 1981 hingga 1984. Beliau juga memperolehi ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dalam tahun 1988 setelah mengikuti pengajian luar kampus di Universiti Pertanian Malaysia, Serdang. Pada tahun 1989, beliau memperolehi Diploma Pengajian Strategik setelah lulus pengajian setahun di Maktab Turus Angkatan Tentera.
Beliau memohon bersara awal selepas berkhidmat selama 20 tahun dan diluluskan permohonan beliau oleh Majlis Angkatan Tentera berkuatkuasa Ogos 1991.
Selepas bersara dalam perkhidmatan TUDM, beliau bekerja di sektor swasta dalam bidang pengurusan sumber manusia, pada mulanya di AIROD Sdn Bhd sebagai Pengurus Sumber Manusia mulai Ogos 1991. Seterusnya pada Ogos 1993 beliau berkhidmat dalam jawatan yang sama di sebuah syarikat minyak dan gas Itali, iaitu Saipem (Malaysia) Sdn Bhd sebelum mendapat tawaran bekerja sebagai Pengurus Kanan Sumber Manusia & Pentadbiran di Kelantan Water (Malaysia) Sdn Bhd dan selepas itu Air Kelantan Sdn Bhd mulai Mei 1996. Beliau bersara awal pada Mei 2005 untuk menguruskan perniagaan sendiri.
Belia amat meminati bidang pengurusan kewangan peribadi dan memperolehi kelayakan Certified Financial Planner (CFP), anugerah Financial Planners Board Inc USA, menjadikan beliau salah seorang perintis CFP di negara ini. Beliau juga memperolehi sijil Perancangan Kewangan yang dianugerahkan oleh Malaysian Insurance Institute (MII). Beliau juga telah memperolehi sijil Perancangan Kewangan Islam (Islamic Financial Planning) yang dianugerahkan oleh Financial Planning Association of Malaysia.
Dari segi peribadi, beliau telah berkahwin dengan Hajah Kamariah Yusoff pada tahun 1974 dan dikurniakan Illahi dengan 6 orang anak iaitu:
Rozalina (1976).
Nazatul Shima (1978).
Muhamed Zoolhilmi (1979).
Noor Shakirah (1980).
Nor Nadia Syahinaz (1987).
Siti Nor Hajar (1990).
Dalam bidang sukan, beliau adalah pelari jarak dekat (100, 200 dan 400 meter) sekolah dan jajahan dan atlit lompat kijang di peringkat sekolah, jajahan dan negeri dan TUDM serta bermain bolasepak, ragbi, bolatampar di peringkat sekolah dan jajahan. Pencapaian terbaik adalah pemegang rekod lompat kijang Sultan Ibrahim Secondary School di Pasir Mas, Kelantan (1970) sehingga kini.
Beliau dikurniakan dengan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) oleh DYMM Sultan Pahang pada tahun 1978 serta Pingat Perkhidmatan Am (PPA) pada tahun 1976.
Di peringkat aktiviti NGO, beliau terlibat secara aktif dalam PIBG sejak tahun 1996 dan kini memegang jawatan Ketua Biro Kewangan & Kebajikan PING SMK Zainab 1. Pernah memegang jawatan Timbalan Pengerusi Koperasi Air Kelantan Berhad, AJK Persatuan Bekas Angkatan Tentera di peringkat negeri Kelantan dan cawangan-cawangan Kubang Kerian dan Rantau Panjang. Sebelum tertubuhnya Rukun Tetangga di Taman Makmur/ Cendana, beliau menerajui Jawatankuasa Keselamatan Taman Makmur sejak tahun 2002.
Kini beliau menjalankan urusan Pesuruhjaya Sumpah (Commissioner for Oaths) di F-10 Jalan Bayam, 15200 Kota Bharu, Kelantan. Beliau boleh dihubungi di talian 019 9844810 dan e-mel mmgt@streamyx.com.

No comments: