Thursday, November 13, 2008

KERIS LAKSAMANA BENTAN



Pernah sekali tu aku jumpa Shafie (Pe’in) kat hotel tempat aku kerja, masa tu pagi aku baru masuk kerja, aku jumpa dia masa nak masuk lif, dia nak gi tingkat 3M untuk sarapan sebelum memulakan seminar DBKL kat tingkat 5. Lepas tu aku tunggu sampai seminarnya habis untuk jumpa dia, kami sempat berbual lebih kurang setengah jam kot. Biasa bila ada kawan-kawan lama jumpa aku pasti mereka akan memulakan perbualan dengan mengatakan badan aku semakin gemuk, aku pun dah lali… rasanya sejak lima enam tahun dulu pun ayat tu jugak akan jadi pembuka kata bila jumpa kawan lama mahupun saudara yang lama tak jumpa. Fuhhh dah dekat 6 tahun aku dengar ayat tu… Okaylah berbalik pada Pe’in lak, masa aku jumpa dia dan kami berbual dengan dia, dalam hati aku berkata yang mamat ni masih sama macam zaman sekolah dulu, penampilan dia, gaya bercakap dia dan yang paling bestnya lawak dia tetap sama… tu yang seronok bila jumpa dia. Aku pernah jumpa kawan lama macam Fadhil, Zamizam & Roslimin tapi bila bersama mereka aku tak dapat sesuaikan diri lagi, rasa macam tak serasi padahal zaman sekolah dulu kami boleh jadi duduk semeja berjam-jam lamanya. Sekarang kalau jumpa pun aku dah jadi serba salah, Nik Azmi pun sama dulu pernah kami berkawan baik tapi lepas sekolah bila jumpa kami sekadar bertegur sapa dan blah je… Tapi Pe’in ni lain…. Kami masih boleh berbual dan melayan lawak masing-masing macam dulu gak. Masa tengah borak hari tu tiba-tiba awek dia call, aku pun biar dia layan panggilan awek dia jap, lepas tu dia bagitau aku, awek dia call nak cakap pasal hal kahwin. Aku pun tanya bila nak kahwin tu… dia kata tahun depan tapi dia jelaskan bahawa dia selalu jawab macam tu bila orang tanya sebenarnya dia kata dia belum tetapkan tarikhnya lagi. Aku kata yang Muhairi cakap kau nak kahwin dah dekat ni, mungkin raya ni… dia kata, raya ni mungkin dia tunang je dulu.


Bila aku terbaca chat korang pasal ckigu-cikgu dulu, aku pun nak berkongsi sikit pengalaman aku dengan guru dulu. Tapi cerita aku ni negatif dan mungkin korang tak setuju terutamanya Azman sebab dia pun dah masuk golongan guru. Ini pengalaman aku dengan Cikgu Yaakob tu... dalam banyak-banyak guru cuma dia yang aku rasa tak puas hati sampai sekarang. Memang aku akui aku ni bersifat pendendam, itu sikap negatif dalam diri aku yang menjadi kelemahan aku gak. Masa sekolah dulu, aku dapat akui kesalahan utama dan kesalahan terbesar aku ialah tak suka masuk baju dalam seluar, aku selalu lepaskan keluar je. Aku memang rimas sampai untuk kelihatan kemas sebab aku sentiasa rasa rendah diri kerana merasakan aku tidak setaraf dengan pelajar lain. Pada masa tu mungkin ianya antara sifat memberontak aku pada keadaan sekeliling. Aku sentiasa tidak puas hati kerana ayahku sentiasa beli pakaian sekolah yang murah kepada aku, malah duit sekolah aku hingga tingkatan 4 hanya 50 sen sehari.... Aku nak gi kantin pun malu. Jadi bermula dari kes itu aku selalu kena dengan Cikgu Yaakob. Tak habis-habis sampai bila nampak dia dari jauh aku akan mengubah haluan berjalan tapa dia sentiasa dia memintas aku dan akhirnya aku kantoi. Lama-lama kelamaan aku jadi bengang dan tak puas hati dengan dia. Pada aku budak-budak nakal pada masa tu seperti Wan Mohd Zaki & geng dia lebih banyak melanggar undang-undang sekolah tapi mereka jarang kena. Aku dapat rasakan Cikgu Yaakob ni anti dengan aku. Dan pada satu masa tu, dia memanggil aku ke pejabatnya dan menawarkan aku jadi pengawas, aku menolaknya sebab aku memang rimas dengan 'attention" sebegini. Balik ke kelas budak-budak lain tanya aku kenapa Cikgu Yaakob panggil aku, aku cakap dia suruh aku jadi pengawas tapi aku tak nak, pada masa tu aku masih ingat bila Julaini perli aku mengatakan aku tipu cakap tak nak tapi dalam hati mesti nak sangat tu. Ayat tu betul-betul menusuk hati aku, betapa sensitifnya aku, bengang betul aku bila orang menuduh aku perkara yang aku tidak hingga buat sekian lama aku berdendam dengan Julaini.Begitu juga dengan cikgu Yaakob semakin mendalam dendam aku pada dia.
Kemuncak kebencian aku ialah pada suatu hari aku pergi ke tandas dan bila mahu masuk ke kelas aku nampak Cikgu Yaakob ada dalam kelas jadi aku tak jadi masuk, lalu aku pergi ke belakang blok, budak-budak lain nampak aku masa tu, mungkin ada yang beritahu Cikgu Yaakob sebab dia juga memandang ke arah aku tapi aku tak peduli. Bila dia blah baru aku masuk ke kelas. Kemudian ada kawan-kawan beitahu aku, Cikgu Yaakob kata akulah ketua geng ponteng pada hari tu yang secara tak langsung Wan Mohd Zaki dan geng dia memang ponteng sekolah pada hari tu, mereka lepak kat asrama. Aku betul-betul sakit hati sebab aku takde kena mengena dengan geng Wan Mohd Zaki ponteng sekolah malah aku tidak tinggal kat asrama pun. Kemudian aku di panggil lagi ke pejabat dia danperkara itulah yang dituduhnya aku, aku menyangkal sekeras-kerasnya hingga ke tahap melawan dan aku lihat air mukadia berubah, jelas terlihat dia sedang mangawal kemarahan, dia cabar untuk jumpa mak ayah aku. Lepas balik sekolah pada hari tu aku terus ceritakan pada mak aku tentang perkara ini. Sehingga kini memang sukar untuk aku melupakan perkara itu dan dendam ini amat sukar untuk dikikis. Tapi aku bersyukur kerana kini aku tidak perlu memasukkan baju ke dalam seluar atau berpakaian kemas dalam kerjaya aku. Aku tidak perlu berpakaian kemas yang merimaskan aku sejak zaman sekolah dulu. Di sini aku bebas pakai jeans yang besar, t-shirt dan kasut sport. Aku puas !!!!!!!!!!!!!!!

Wan Mohd Zaki & The Gang

No comments: