Wednesday, November 5, 2008

MENGGAMIT KENANGAN PERSEKOLAHAN


Kursus Motivasi Pelajar SPM 1995 pada 19/07/95-23/07/95
























Menggamit Kenangan Zaman Persekolahan
Assalamualaikum semua orang Rantau Panjang yang sudi mengunjungi blog ni.... Terutama sekali kalau anda golongan old skool zaman 90'an. Bila ditatap kembali foto-foto ni, pasti menggamit kenangan zaman persekolahan. Tahun terakhir kami menjejakkan kaki di SMRP ialah pada tahun 1995. Sekarang dah nak masuk tahun 2009, wah lama jugak tu tapi bila menatap foto-foto lama ni terasa bagai baru semalam kita meninggalkan sekolah. Betapa cepatnya masa berlalu, pada masa tu ada diantara kita adalah kawan baik, rakan sepasukan, ahli beruniform yang sama, pesaing dalam sukan sekolah, mangsa buli, kaki ponteng dan sebagainya tapi pada hari ini dimana kita berdiri? Bagi aku dalam ramai-ramai rakan sekolah dahulu cuma Muhairi yang masih dekat dengan aku. Di Kuala Lumpur kami tinggal pun dalam 15 minit antara satu sama lain dan masih berhubungan baik melalui talian mahupun internet. Aku terkenang rakan-rakan lama yang rapat seperti Nik Azmi, Fadhil, Zamizam, Roslimin, Mat Zuha, Ahmad Razmin (Adek), Azizi, Azuan, Iwan Goro, Hussin & ramai lagi. Nik Azmi pada satu masa dulu merupakan sumber info aku tentang muzik rap & pop barat, kerana dia yang memperkenalkan aku Vanilla Ice yang popular dengan lagu Ice Ice Baby tu. Rambut dia pun ikut style Vanilla Ice! Melalui Zamizam pula aku kenal dengan muzik rap tempatan seperti 4U2C, Nico & Krash Kozz.Kemudian Ahmad Razmin pula meminjamkan aku kaset KRU. Kemudian aku kenal Khalid dan dia perkenalkan aku muzik Kris Kross - Jump! Sebenarnya pada masa tu aku tak mampu mengeluarkan duit untuk memuaskan nafsu muzik hip hop jadi selalunya aku pinjam dari mereka.
Dan siapa sangka hingga ke hari ini, pada usia 30 tahun, menjadi bapa pada seorang anak perempuan tapi aku masih gilakan muzik Hip Hop. Setiap minggu berpuluh-puluh lagu Hip Hop aku download dari internet. Dalam HP aku ada 380 buah mp3 Hip Hop, dan setiap malam aku tidur dengan dibuai muzik Hip Hop. Masa bujang dulu aku layan muzik selamba je masa tidur tapi lepas kahwin aku terpaksa guna "earphone" kerana tak mahu mengganggu isteri aku. Ditakdirkan aku kahwin dengan perempuan yang tak suka muzik sedangkan aku susah nak lena kalau tak dibuai muzik. Sorrylah bercerita pasal muzik ni tentu korang semua rasa boring sebab aku faham tak ramai yang suka muzik macam aku ni, lebih-lebih lagi muzik Hip Hop. Aku tertanya pada mereka yang membentuk minat aku tu, apa dah jadi pada mereka? Rasanya Nik Azmi, Zamizam, Adek atau Khalid pun dah jauh matang dan tidak fanatik pada budaya Hip Hop lagi kot. Kalau berjumpa mereka pun aku boleh agak macamana gaya berpakaian mereka, mungkin smart-smart mengikut level profession masing-masing sedangkan masih dengan "baggy pants".Bila berjumpa mereka pun susah nak sesuaikan diri. Aku pun dah segan. Setahu aku Fadhil, Roslimin, Zamizam kini berada pada level yang lebih eksekutif, aku jadi segan bila berjumpa mereka.
Teringat pada suatu masa dulu aku pernah melepak di Fadhil selepas sekolah, pernah menghabiskan waktu rehat bersama Roslimin, pernah pergi ke Kota Bharu bersama Zamizam. Begitu juga Mat Zuha, aku selalu pergi ke rumah dia dulu. Ketika aku hanyut dalam dunia aku, pada tahun akhir persekolahan mereka semua berubah, siapa sangka Fadhil, Zamizam, Roslimin, Mat Zuha dan yang lain telah melangkah jauh dalam pelajaran dan mereka telah berjaya pergi lebih jauh. Keputusan SPM aku memang seperti dijangka kerana ianya flat dengan keputusan peperikasaan yang lain-lain dahulu. Habis SPM aku melangkah ke Kuala Lumpur bekerja kemudian sambung belajar ke Kolej Cosmopoint, tapi malangnya kerana masalah kewangan aku tidak dapat menghabiskan pengajian.
Pada hari ini, aku berdiri hanya sebagai seorang Artis Grafik di Dynasty Hotel Kuala Lumpur dengan gaji tak sampai RM1500 pun. Tapi apa pun aku seronok dengan kerja aku, tiada uniform, bebas pakai sneakers, t-shirt, jeans, bebas berkarya, masuk kerja pukul 8.00am balik 4.00pm.Aku selesa dengan kehidupan aku cuma aku rasa kurang selesa & segan bila berjumpa dengan kawan-kawan lama, bila mereka bercerita pasal kereta, berbelanja duit tanpa kebimbangan, mewah, aku jadi kurang keyakinan untuk menyesuaikan diri. Itu aku, itu aku.

1 comment:

smrp95 said...

Jange sampa mung tubik air mato baco hok aku tulih nih!